Monday, August 16, 2010

Tomato Spaghetti With Black Pepper Sausage dan McD Set

Sori lah yeaa..akak baru sempat nak letak entry2 berbuka hari Sabtu kelmarin....Sungguh bz semalam sebab awal2 dah masuk dapur lepas buat kerja2 rumah sikit. Abanglong n Najwa ada balik sejak Jumaat hari tu dan masing-masing dah balik. Malam tadi hantar Najwa naik bas ke Arau sana. So semalam akak bz kat dapur wat kek dan roti sikit wat bekalan balik U, boleh gak laaa, wat berbuka ke, bersahur ke kan, kan...ikutlah. Berbuka semalam akak masak ringkas jek, x masak nasi pun.....Najwa pulak keluar dengan kawan dia dan belanja set McD pulak untuk Aiman dan abglongnya....mak abah mmg xnak la nak makan tu semua...So, akak goreng spaghetti sikit laaa...tengok ada separuh bungkus lg spaghetti tu...so layanlah ya spaghetti ringkas akak nih!

TOMATO SPAGHETTI WITH BLACK PEPPER SAUSAGE

Bahan:-
  • 1/2 paket spaghetti - direbus dan ditoskan (letakkan beberapa titis minyak zaitun semasa merebus)
  • 3 batang sosej lada hitam (Ayamas) - dipotong nipis
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 biji lada benggala hijau - dipotong dadu
  • 1/2 biji lada benggala merah - dipotong dadu
  • 10 biji cendawan butang - dihiris nipis
  • 2 biji tomato - dicincang/didadu halus
  • 1/3 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • 1/2 sudu kecil lada hitam yg telah ditumbuk/dikisar
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (jika perlu)
  • sedikit air (jika perlu)
  • 3 - 4 sudu besar minyak zaitun
  • keju Parmesan - untuk ditabur
  • 1 sudu kecil dried parsley - untuk taburan
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dengan api sederhana. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Kacau kekuningan hingga naik bau.
  2. Masukkaan tomato yang dicincang. Kacau.
  3. Masukkan sosej dan kacau rata sekejap.
  4. Masukkan semua sos-sos, lada hitam dan cendawan butang. Masukkan air juga dan kacau rata.
  5. Bila sos agak pekat, masukkan lada benggala.
  6. Akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau balik rata-rata. Masak sekejap sahaja agar spaghetti tidak putus2 sangat.
  7. Tutup api dan hidangkan dengan taburan keju Parmesan dan dried parsley.


Najwa belanja McD lak kat abang n adiknya...Najiha je xdpt balik kg puasa ni..ada kelas katanya...xpa esok masih ada ya kak Da, insyaAllah..

7 comments:

cplud miera said...

wah..nmpk sedap spagetti tu k.umi ;) klu xpkai myk zaiton bole ke k.umi?gnti myk msk bese je

MamaFaMi said...

Wah, McD dapat free promotion! Hehehe..

Mat Gebu said...

Waaaaaaaaaaaaaaa.....bessnyaaaa...

Kerull said...

Salam k.ummi..wah McD ngan spagetti lagik..western2 gitu..sedapnya..

Ummi said...

Cplud Miera -
Emm sedaplah pd tekak budak2...emm kalau dah xda myk zaitun tu..guna je myk biasa Miera yea..

MamaFaMi -
Memg pun Mama, kita skrg promoter sambilan McD, nak cari duit rayaaa..hahaha

Mat Gebu -
Alaaa, bulan pose ni ko xleh msak menu ongputih..kang makYah x makan..hahaha..ko masak lauk2 kg je laa kat diaorg..

Kerull -
Wkmslm...hehee..sesekali layan tekak anak2 blk berbuka..hehe

ijayuji said...

Kak ummi! jan lupa suh najwa belanja acik siam ni pulak selori set McD k ehehe.. adoiiiiiii lahhh lama betul tak makan mcd ni sume huh! sajer akak ni tayang benda2 ni sume bom karang sume2 fast food yg ada kat mesia tu huh!

Mas said...

wah....sedapnya.....semua sedap2....