Monday, August 9, 2010

Marble Banana Muffins

Salam semua, apa khabar? Sorilah banyak 2 hari x update...bz sangat2...bukan x masak...masaaakkkk...bukan x bakingg..bakinggg....heheee...2 family adik dan my mom datang ke rumah menziarah orang yg sihat tembam nih haaa...hehee..pastu bawak2 depa pi beli ikan masin/bilis/udang kering segar kat Beserah dan cari2 keropok lekor di samping cuci mata ke Teluk Chempedak...dioarg dah 5 6 tahun x jejak kaki ke pantai TC nih..so layaann laaa...masak2 pun wpun sempoiiii, tp banyak gak...duk sorang2 jek masak, xda tukang kacau, xda tukang clearkan sinki....x rehat lgsung wiken ni...tp sangat seronok ramai2 kat rumah...Semalam pukul 10 mlm dah xleh celik mata, terbongkang...mata pedih jek..maklum now cuaca panas kan....tu la hawa Ramadhan nak menjelma ni kan...So layan muffin ni dulu la eh...Ramai pun yang dah buat muffin ni...Sedaaaappp pada tekak akak....laku sungguh makan ramai2..hehe...Akak cilok resepi dari rumah Izahdaut tu...Thanks ya Izah, nak kopipes sini la pulak resepinya...

MARBLE BANANA MUFFIN
Source: Bisous A Toi

Bahan:
A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam

B
1 biji telur (L)
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
1 cawan pisang lecek kasar

1 sudu besar coklat paste (saya guna 1/2 sudu besar kopi paste + 1 sudu besar serbuk koko)

Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai (saya tak letak)


Caranya:
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu.
  4. Masukkan pisang yang dilecek kasar tadi. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan.
  5. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
  6. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.(Utk oven akak, akak bakar selama 20 minit aje)

Buat Jumaat malam, tp gambar ni akak snap keesokan harinya...sebab tunggu abglong pulangkan dslr akak yg dipinjamnya sekejap utk projek kat U...hehehe

8 comments:

Mat Gebu said...

WAAAA....BES, MANIS TAK KAK?..

Kak Rose said...

Memang sedap muffin ni kan... dah buat ari tu dan kurangkan gula... hmm nyam2

Umm Mymoonah said...

Hi Ummi, your muffins looks so yummy. you have a wonderful blog please visit my blog if you have time.

.::Mama_alya::. said...

Salam kenaln...nmpk sdap sgt ni...kn try ni...my baby sk sgt muffin ni..lg2 klo banana ni...hehe

Lee said...

Hello Ummi, ada lagi ke? Looks real nice too.
Have fun and keep well, Lee.

Mas said...

memang sedap muffin ni, anak2 mas pun suka....

izahdaut said...

salam kak ummi..busy ke kat opis tu? dah lompat sini lak muffin ni..memang best mkn panas2 ngan pot pet nyembang ngan family..hehhee..boleh bayangkan....dan kak ummi..selamat menyambut ramadhan mubarak...

JamilahPuchong-Network said...

Salam kak Ummi....terima kasih ya kerana resepi ni sangat mudah. Semalam saya buat Blueberry muffin....macam goreng pisang panas. Tambahan pulak budak2 tengah cuti sekolah.Jadi depa ni suruh buat macam2lah. Tadi saya buka blog jumpa akak punya muffin pisang ni...tengok bahan2 semua ada. Mak oii!!!!! sedaplah cuma gulanya saya kurangkan jadi 3/4 cawan jer, maaf ya. Marvellous!!!!!!