Thursday, August 19, 2010

Tofu Telor Bersos Tiram

Lagi lauk sempoi yg akak suka, Aiman pun suka...kitaorg siap ratah2 lagik...masak pun campak2 jek.....menu bersama daging merah ala thai tu sekali...hehehe..layaaannn...

TOFU TELOR BERSOS TIRAM

Bahan:-
  • 3 bungkus tofu telor (telor Jepun) - dipotong 1 in
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 5 tangkai cili padi - diketuk
  • 1/2 biji capsicum merah - potong dadu
  • 1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
  • 1/2 batang lobak merah - potong bulat
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos cili
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak dan goreng tofu tadi biar nampak berkulit. Balik-balikkan...angkat dan ketepikan.
  2. Dalam pan yg sama, tambah sedikit minyak lg jika perlu, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga layu.
  3. Masukkan sos-sos dan kicap serta sedikit air. Kacau.
  4. Masukkan lobak dan kacau sekejap.
  5. Masukkan lada benggala, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  6. Bila kuah agak pekat, perlahan-lahan masukkan tofu tadi dan gaul rata perlahan. Tutup api dan hidangkan...mudah je kan!!

4 comments:

Yoa Ngadenin said...

Ringkas tetap menggiurkan!!

ain said...

salam kak ummi...1st time rasa tofu ni kat umah abg ipar.mmg yummy!!!

ijayuji said...

Salam kak ! nak tofu telo! bukan telo tau! tofu telor bukan tofu dan telur juga taw! akak phm tak apa yg dmaksudkan kita ni? hihihi.... kita mmg antu tofu dapnyer!

mas said...

mas suka taufu telur...sedapnya...