Sunday, August 15, 2010

Honey BBQ Sausage

Sangat bz hari ni sebab terpaksa masuk dapur awal sikit memandangkan abglong nak balik awal ke hostelnya...So nak bekalkan sikit la makanan.....Ni menu berbuka hari Sabtu semalam.....saja2 je akak masak sosej ni....x sangka anak2 suka sangat2 bila dimakan bersama mayonis dan sos mustard tuuu....abahnya pun suka...heheee..semalam menu lebih kepada Western food laaa....akak goreng spaghetti dan buat puding caramel jugak...pastu Najwa ni keluar bandar dan balik bawak set McD burger pulak untuk abglong n Aiman...Nasib baik x masak yang berat2...Okaaay meh layan ya...sapa2 yang ada anak2 kecil tu mesti budak2 suka tauuuu...hehee...Kalau nak try, salin resepi la yea, my own style... hehe

HONEY BBQ SAUSAGE (My Style)

Bahan:-
  • 1 bungkus sosej mini Ayamas (perisa blackpepper)
  • air secukupnya untuk merebus sosej
  • 3 sudu besar sos bbq - akak guna jenama Life
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos cili
  • 3 = 4 sudu besar madu
  • secubit garam
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • sedikit air
Cara-Cara:-
  1. Rebus sosej hingga masak dan toskan. Campur kesemua sos dan kacau.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam non-stick pan dan masukkan campuran sos tadi.
  3. Letakkan sedikit garam dan air. Kacau sekejap dengan api perlahan sekali.
  4. Masukkan sosej dan kacau balik dengan sos tadi hingga kesemua sos melekat pada sosej dan kering dari pan.
  5. Bila semua telah bersalut, angkat sosej tadi.
  6. Hidangkan bersama mayonis dan sos mustard. Selamat Mencuba!!

Liiiicciiiinnnnn.....hehheee

6 comments:

ijan said...

Hai kak Ummi.. ni kalau mak budak makan pun boleh habis ni... sedappppnye!!! kite ada sosej tofu je kat rumah. aci tak? hehehe

Mat Gebu said...

Wahhh....sedapnyaa..esok buat, tapi sapa pulak nak makan sosej...erkk...

ierah_myra said...

en mat gebu, kalo xder org nak makan meh pos kat ierah.. =D

Cath J said...

nyummm nyummm.... *like*

Ummi said...

Ijan -
Aaah sebenornya tu laaa..mak bapak pun sama naik layan mende alah ni..hehehe

Mat Gebu -
Weyy kalau dah rajin sgt nk buat, hantor je ke rumah anak yatim Mat...hahaha...

Ierah Myra -
Hahaha..betuii tu Ierah..pi suh Mat buat..

Cath J -
Hi, Cath..long time no see..hahaha..

My MiRa said...

mira nak belajar wat!!!heheheh