Wednesday, August 4, 2010

Creamy Banana Split

Salam semua....dah makan tengahari ke belum...ke ada yg duk kelentung kelentang lg kat dapur...hehee...Xpa makan dulu...nnt petang2 pekena dessert pulak eh....Jom buat dessert paling senang dan tersangat sedap nih....Creamy Banana Split...Akak buat ni sebab telah diusha2 oleh Maz Ilham Dapur tu laa....dia sms suh akak cuba buat...now Maz, akak dah buat, dah 2x buat dah pun nak menghabiskan pisang tu..cuma akak cari pisang berangan takde..tibai jek dgn pisang montel (*alaaa bertambah montel la nnt) hehe...Thanks Maz, waalllaaaahhh sedap wooooo...tambah pulak akak tambah sedikit whipping cream masa blend buah stoberi tuh haa...lg lerrr....melekat sejuk kat tekak tauuuu...best, besttttt!!! Sekali lg, thanks Maz...akak ada tambah sikit jek bahan....C n P je la ya Maz..muaaahhh!

CREAMY BANANA SPLIT
Sumber: Maz @ Ilham Dapur

Bahan-Bahan:-
  • 4-5 biji pisang - jangan pisang yang terlalu masak ye, nanti lembik - kita guna pisang berangan dan kita cadangkan pisang berangan sebab sedap (*akak guna pisang montel jek)
  • 2-3 sudu besar butter lembut
  • 5-6 biji buah strawberi (*diblend hancur dengan sedikit gula (jangan buh air ye)
  • 3 sudu besar whipping cream (*ni akak tambah) - diblend dgn buah strawberi
  • ais krim perisa vanilla secukupnya - atau terpulang pada citarasa
  • sedikit serbuk kayu manis - kalau tak suke, tak perlu letak (*akak x letak)

Cara-cara:-
  1. Pisang dibuang kulit dan dibelah dua.
  2. Panaskan non stick pan, kemudian masukkan 1 sudu besar butter dan biar hingga butter cair.
  3. Kemudian masukkan pisang dalam pan. Masak sehingga keperangan di kedua bahagian. Angkat dan ketepikan. Masak sampai habis.
  4. Susun pisang yang telah dimasak tadi dalam pinggan, taburkan dengan sedikit serbuk kayu manis.
  5. Letak pula satu scoop ais krim dan kemudian tuang sos strberi yang telah siap dikisar tadi secukupnya.

dah mula melt dah tu...sedaaapp, jom skop...hehe

7 comments:

Tina Farhana said...

Salam. sedapnyeee..terliur pulak rasa.huhuhu

Sally said...

Kak ummi pisang tu kiranya macam bakar la ya atas non stick pan tu kan!menarik ni

MAS ( DUNIAKU ) said...

wah kak..sedapnya banana split tu...ada aiskrim ngan strawberi....sedappnya...

MamaFaMi said...

Cam ni kan Mi, dari XL leh jadi XXL.. cemana tuh!

Yan said...

leleh ayaq liuq...

Citarasawan said...

terliurnye.. hehe

eliyaezlinalias said...

menarik neh...