Tuesday, August 17, 2010

Kuih Suji Lapis/Talam Suji

Ni kes teringin sangat nak makan kuih suji ni haa...bkn org lain, akak yg teringin, bukan mengidam ek...dah tu lepas perah santan segala..gula merah lak xda...ada gula kerek/gula melaka jek...maleh nak masak...last2 tibai gula perang jek utk bahagian kepala kuih tu..hahaha..tu pasal la x gelap....kelabu2 jek..putih pun tak..hahahaa....Sedap kuih yg lembik2 sikit bahagian kepala gini...akak suka! Tp nak potong seksa sikit laa. wpn guna plastic cutter, huhu....cukup lemak manisnyaa..suka, sukaa..puas hati dpt buat....dh lama beli tepung suji tu...nsb igt nk buat, xpun mau berkulat..hahahaha...Resepi asal akak tgk dari buku Aneka Talam dan Lapis Chef Hanieliza, tp akak kopipes dari FP kak Liza je laa eh...Thanks Kak Liza...

Sori kak Liza, sebab derhaka kat bahagian kepala tu...kita xda stok gula merah laa...hehe


TALAM SUJI
(KUIH SUJI LAPIS)
Sumber: Buku Aneka Talam dan Lapis Chef Hanieliza
Copy paste resepi dari FP Hanieliza

Bahan:-
Lapis bawah :
  • 1 1/2 cawan tepung suji
  • 4 cawan santan cair
  • 1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning
Lapis atas :
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 s/b tepung kastad
  • 2 s/b gula
  • 1 cawan gula merah
Cara:
  1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat.
  2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit.
  3. Adunkan semua bahan lapis atas. Tapiskan.
  4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
  5. Kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.
(*Nota :- Akak balut penutup kukusan semasa mengukus lapisan atas kuih)

x cun sgt potongan, nak cepat2 jek amik gambar...hehe, tp maintain sodapp..!

5 comments:

Juwita Jamaludin said...

wah best ada resepi ni... tepung suji masih dalam kapal kakak pos tak samapi2lagi... dah dapat leh cuba nanti..

ijan said...

wah kalau buat ni mikael boleh makan kot.. tp tepung suji lak takde...huhu

ilahjy said...

ilah dah 3 kali buat kuih nie mmg sedapppp ...cantik..kak liza mmg pandai..termasuk kita yg telah cuba hahahahehehe memuji nmpak ...

lina said...

salam kak ummi...suke kuih ni nampak sedapnyer.

MamaFaMi said...

Mi, kaler kepala tu kurang ngancam aa.. hehehe.. pepandai je komen orang tau. Sendiri malas buat! Oh ye la, kepala patut warna gelap kan, ni agaknya kepala tu dah beruban kot ye Mi, tu sebab dia kaler grey... ampun Mi ampun... cabut lari ni...