Thursday, August 19, 2010

Daging Merah Ala Thai

Auto publish entry lg ni....Daging Merah Ala Thai ni lauk berbuka hari Selasa kelmarin sebenarnya...dah x tau nak masak apa nak perabihkan daging sikit lg tu...Jalan-jalan kat dapur Hana nampak daging ni mcm sedap jek...so akak try pulak laaa...tapi akak punya terlebih sos tiram kot, sebab resepi xda sukatan tepat, main agak2 jek...so gelap sikit laah...tp maintain sedap....Resepi asal diceduk oleh Nor @ Secubit Garam dari Jeezy @ MyR. Hana, C n P je dari dapur ko eh...time kacih la cayang oii..

DAGING MERAH ALA THAI

Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • hana tmbh halia ketuk
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara
  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih n halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

8 comments:

Yati Ali said...

salam kak, sedap tu daging masak cam ni...

HaSue said...

salam kak ummi...sue pun suka guna auto publish..senang sket lg2 time tenet tenat. dah ramai yg cuba resepi ni...ada masa nanti nak try gak lah...sedap je nampak daging akak tu.hehe

eliyaezlinalias said...

erm...nyum..nyum...sedap tuh...

mas said...

sedap2...mas pun suka....

SYaMiLa said...

sukanya makan dgg masak merah...leh cuba ni...

Izza Hani said...

sy dah cuba. memang syedappp. thanks for sharing

izan said...

memang sedap.. saya pun dah cuba minggu lepas.. tapi buat versi kering...

mrs. rahman said...

kak ummi saye punye daging jadi macam kering.. macam daging goreng pulak.. nape agaknye ye? saye nak buat kasi nampak macam akak punye tu. heheheh