
Adaptasi dari : Hazila

Sukatan : Ummi@Home Sweet Home
Bahan:-
- 1/2 biji honey dew - kupas dan potong dadu
- 2 cawan susu segar
- 1 cawan susu sejat
- 6 sudu besar gula pasir
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 cawan kiub ais
- 3 sudu besar sagu (akak guna yg merah)
- 2 cawan air panas didih
- Rendam sagu selama 5 minit, kemudian toskan dan rendamkan pula ke dalam air panas didih dan biar sehingga sagu menjadi betul-betul jernih (lebihkurang 10 minit). Kemudian toskan dan basuh di bawah air paip untuk buang kanjinya...ketepikan.
- Sementara itu masak susu bersama gula dan esen vanila sebentar (x perlu didih), setakat nampak wap dan gula larut aje, tutup api. Sejukkan pada suhu bilik
- Kisar sebahagian honey dew, 1 cawan susu tadi dan kiub ais hingga halus.
- Campurkan kembali ke dalam baki susu tadi. Kacau rata.
- Masukkan honey dew yang dipotong dadu kecil serta sagu.
- Bolehlah disantap dan sejukkan tekak.
6 comments:
Assalamualaikum kak. Tahniah. Hehehe tertinggal keretapi. Rasanya k ummi ni campak apa je mesti menjadik. Kalau saya main campak2 mesti terus masuk tong sampah. Kak nak bunga kaler hitam tu boleh tak?
p/s: saya beli jelita sebab nak tambahkan senarai homework saya. Kakakakaak...
Delicious and lovely pudding
Sounds like a great refreshing pudding! Salam kenal :).
ummi kita nak puding sago ni dan..dan kitanak munga hitam tu jugak.nak selit kat baju..hehe
sedapnya puding sagu tu....
terliur mas tengok..
buah tu boleh tukar ngan buah lain kan kak...
salam ummi.. tahniah resepi2 yg sungguh menyelerakan itu sudah masuk majalah bersama2 hero kita, mat gebu.. tahniah! teruskan usaha..
Post a Comment