Sunday, April 28, 2013

Mee Mat Saleh Citarasa Melayu?

Assalamualaikum warahmatullah...

Alahai penat terasa seluruh anggota, teringat pulak kepada blog yang dah x seumpamanya...ada lagi ke yang nak menjengah, ada lagi ke yang sudi menyapa...tuan rumah dah suam-suam teramat sekarang ni... Kadang-kadang lain dirancang, lain yang terjadi...itulah kan.... Tugas seorang wanita, isteri dan ibu memang tidak pernah berhenti...namun dalam kepayahan menunaikan tanggungjawab terasa lega bila ada tangan yang membantu meringankan, alhamdulillah, terasa diri dihargai.  Namun seorang ibu dan isteri hanya ingin melakukan yang terbaik, mana ada yang tidak mahu membahagiakan seluruh ahli keluarga kan... Kebahagiaan seisi rumah, mampu menenangkan fikiran dan melenakan sebaik mata terpejam...syukur nikmat kebahagiaan yang masih berterusan...SubhanAllah...!

Berbahgia dan rasakanlah beruntungnya wahai wanita-wanita suri hati suami dan ibu kebanggaan kepada anak-anak....

Antara hadis Rasulullah SAW mengenai wanita:-

"Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya."

"Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.  Masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendaki dengan tidak dihisab,"



Ok lah akak nak masukkan entry...tetapi mohon maaf berbanyak, entry tertunggak lama sangat dah seminggu...apa lah nak buat..!  Begitulah ruang yang sempat buat akak, redha je la.  Minggu ni pun emak dan abah datang bersama family abang petang Jumaat kelmarin dan bermalam satu malam.  Selepas sarapan pagi Sabtu semalam, mak abah dah nak balik sebab ada jemputan kenduri.  Pastu mcm biasalah, bz dengan kerja-kerja rumah segala.  Tengahari tadi pun family adik datang.  Adik ipar perempuan akak tu bawa bersama seorang guru yang sama mengajar dengannya.  Sempat buat choc chips muffin dan pengat keledek ungu hasil kebun lagik...xdan langsung nak snap gambar, licin pengat tuh sedang elok masak, hidang terus...muffin x yah laa, dah biasa masuk entry...hehe.. Itu citer selingan...

Okeh Mee Mat Saleh baru sempat nak entry ni...ramai yang tertanya masa akak letak kat wall FB minggu lepas...hahaha.. Mee Mat Saleh tapi dimasak ikut citarasa (tekak) Melayu...Mee ni dikirim jauh sebenarnya...lama sangat dah...kedudukannya pun sekejap simpan sana, sekejap simpan sini, lama-lama lupa...haha..dashyat kan akak!!  Mee ni sebenarnya ala-ala mee lidi, mee siput gitu laaaa...kena rebus dulu bagi lembut, then gorenglah macam mee biasa tuh.. So akak xda lah nak bagi resepi, goreng je la ikut suka hati yeaaa... 

Gambar kat bawah ni la rupa meenya....dah sedikit hancur sebab letak sana, letak sini, pindah sana, pindah sini...nak masak, x jadi, simpan....bawak keluar lg, x jadi jugak...simpan, berbulan, bertahun jadinya...haha, sabauu jek laaa...nasib baik elok kualitinya... Terima kasih buat adik yang seorang di Labuan sana.... Terima kasih juga atas hadiah-hadiah dikirim setiap kali menjelang Aidilfitri...hanya Allah yang dapat membalas budi baik mu dik!  Semoga ukhwah dibina tidak terlerai pergi begitu sahaja...


14 comments:

tun_telani said...

Salam kak ummi :)
tak jumpa lg mee mat salleh ni.. nk cari mat salleh mana blh buat nih.. hihi

Hafizah Mohamad said...

Salam kak...fiza dok ingat mee mat salleh ni mee omputih...rupa2nya mee mat salleh mesia rupanya...he he he...sedap nampak mee akak ni...yg paling fiza terguda ialah telor tu...fiza suka telor kuning tu...sedapnyerrrr....

MamaFaMi said...

Salaam Mi...

Keji tawww.. tertifu i taw. I ingatkan, mee mat salleh tu spagetti ke atau kaum kerabat dia. Rupa-rupanya mee MAT SALLEH. Hehehehe... sabau je la!

Mat Gebu said...

Salam kak ummi...saya cuma nak telo mata kerbau tu jee..yang lain tak nak..sekian terima kasih...wassalam..baii...haha

Unknown said...

heehe kak ummi makngah pun tetipu...apepun mengancam eh mii tu kot dapat pepagi ni

Gee® said...

Looorrr...ingatkan mee western tadi... ropanya abang Mat Saleh.... hehehe... sedap jer nampak

faa.rosli said...

sedapnyaa..

dZana said...

aslmkum k ummi.. ingat mee mat salleh yg mengaruk kt MC tu.. hihihi.. sedapnya kalau ada org menghulur sepinggan..

inahar ali said...

salam rindu ummiii cayaang..laa ingatkan ummi masak mee musim sejuk dari negara mat salleh giteww..rupanya mee jenama mat salleh rupanya..wakaka..tertipu aiii kannss!! hehe..

hana said...

wow akakkkm kelazzzzzz gitu! kim salam kat mat saleh kak.. rasanya jiran sekampong kot kekekekekee

CA said...

Salam Kak Ummi..

Ingat Mee yang Mat Saleh masak.rupanya nama mee tu mee mat saleh..apa pun menten terbaik...buat saya rasa nak amik garpu nak cuit sikit kat pinggan tu...hehehe

Mas said...

kikikikiki....
mee mat salleh rupanya...

tetappp terliurr tengok mee goreng....memang best letak telur goreng sekali...

Cikda said...

salam kenal ummi, lom baca n3 yg lain. terjumpa umi dalam blog MDI.

haha cikda pun ingat mee mat salleh tu nama menu diberi, rupanya memang nama mee tu.. hahahaha

Susan said...

This is actually the kind of information I have been trying to find. Thank you for writing this information. There are so many fun and exciting things to do and experience around the world that I thought I'd put together a list of my favourite Things to do for all travelers ...