Friday, July 26, 2013

Kek Pelangi Kukus Chef Norzailina

Assalamualaikum warahmatullah... Salam Nuzul Quran..

Ini merupakan salah satu peristiwa terbesar juga dalam kalendar dan sejarah umat Islam.  Peristiwa Nuzul Quran ini memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.  Ayat al Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Allah yang terakhir iaitu Muhammad SAW melalui perantaran Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana al Quran yang ada kita lihat dan baca hari ini.   Ia juga disebut sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah). 

Firman Allah SWT:
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).
  2.  Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).
  3. Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”  (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Semoga kita semua dapat merasakan keberkatannya dan sentiasa menghidupkan hari-hari dan malam kita dengan Al Quran dan terjemahannya...bila kita mengetahui makna-maknanya, maka akan tunduk tawaduqlah kita tentang apa yang Allah bicarakan melalui kalamNya.  Allahu Akbar!   


Ok lah, di kesempatan ini akak masukkan lah entry yang tertunda begitu lama, sudah tiada pada pandangan mata....pada lidah juga dah hilang manisnya... Namun kalau teringin nak buat bulan Ramadhan ini sebagai pemanis mulut pun ok kerana kek ni mmg sedap, sangat moist, lembut peroi, gebus, cuma ia sedikit manis...boleh kurangkan gula jika kurang suka manis.  Terima kasih kepada Yatie Sinar Kehidupanku yang kongsikan resepi Chef Norzailina ni.  Nampak Yatie tayang hari tu terus teruja nak buat... cuma gambar akak ni x dapat semua warna pada satu potongan kek, salah potong kot..hehe

 Gebusss moistt kaann...

KEK PELANGI KUKUS CHEF NORZAILINA
Sumber:  Yatie Sinar Kehidupanku
Diujirasa :  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

Kek ni kan, dapat minum pulak dengan teh O panas petang-petang, adeeeii masyuuukk jer...rasanya kalau buat berbuka pun okeh.. ^___^



19 comments:

inahar ali said...

waduhhh..yummyyyynye kek ummi cayaaangg ni..terliur kita kt klinik ni haa..buka egg banjo jek tau! cian kita..huhu!!

Emma Marinie said...

Sangat menarik kek ni

Yatie said...

Assalamualaikum K.Ummi,
tetiba rasa teringin plk nak makan kek, mmng dah lama tak buat kek segala...mmng sedap dan moist je kan kek ni...

tun_telani said...

sedapnyerr.. mmg nmpk sgt moist!

Mimie Ida said...

sedapnye...nk follow blog ni x dpt:(

Nazrah said...

caler ful nya..

Cendana Kasih said...

salam akak... nampak sedap dan kalerful...bahan pun senang jer...insyaalah nk buat masa raya nanti...

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya akak !!

Mas said...

wahh...cantikk moist kek tu kak..

zana fahmi said...

Salam. Ummi buat zana nk mmbaking plak. Bahan2nya senang.

Azlita Aziz said...

salam Ramadhan kak Ummi
nampak sangat moist kek tu..
mesti cuba untuk hari raya nanti ^_^

rahel said...

Salam Kak Ummi...
Beberapa hari yg lalu kita teringin gak makan kek butter tapi memang tak mengizinkan sebab layan tempahan sekut raya jer...
Lawa kek pelangi ni kak....

Mamasya said...

Salam K.Ummi

nampak moist kek pelangi itu...nampak lembut je.

Oh Oeya said...

As salam Kak Ummi.
Pembuka kata yang 'memberi'. Terima kasih Kak Ummi cayang..
Sangat mengundang ingin kek ni Kak Ummi. :-)

HomeKreation said...

Salam Ummi cayang. Lama nya tak berjumpa.... Along pun baru je sampai dari kpg hari ni. Di harap Ummi bergembira di hari raya tahin ini.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari Along sekeluaga.

Azwanie Hisham said...

Cantiknya..

Mieza said...

salam kak ummi..hari ni saya nak cuba resepi ni..nampak moist sgt...sedapnyer kak!

kinrara-bakery said...

kak..... menariknya kek ni.... suka..

cheq da said...

Salam.
Teringin nk mencubanya..meriah sgt warnanys

Najieza said...

Salam kak..
nampak menarik n mesti sedap ni..resepi yg mesti dicuba..anak2 mesti suke ni.. :)