Saturday, December 8, 2007

Nasi Daging


Oleh kerana adik datang dari jauh kan...masak spesel sikit le tengahari tadi...Nasi Daging, resepi ibu kesayangan...Hidangan dengan daging rebus, sambal tomato, gulai kurma daging dan ayam masak pedas.

Bahan:-

1 kg daging - dipotong besar2 dan direbus empuk - ketepikan.
4 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
4 cawan air rebusan daging
1 cawan susu segar
(sup bunjut Adabi dan rempah sup)
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 cawan tomato dadu/pes tomato
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 sudu minyak sapi
1 helai daun pandan
Garam
Bawang goreng

Cara Menyedia:
Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih, kulit kayu manis buah pelaga dan bunga lawang. Kacau hingga naik bau, masukkan beras dan tomato, kacau sebentar. Masukkan air rebusan daging, garam dan daun pandan. Bila nasi hampir masak, masukkan susu segar. Kacau rata dan biar nasi masak seperti biasa. Tabur bawang goreng bila menghidang. (*Boleh juga masukkan separuh daging rebus ke dalam nasi ketika memasak nasi).

SAMBAL ASAM TOMATO
  • 5 tangkai cili merah - ditumbuk kasar
  • 4 tangkai cili padi - ditumbuk kasar
  • 3 biji tomato - didadu
  • belacan yg dibakar sedikit
  • air asam jawa
  • gula melaka
  • garam dan gula secukup rasa
Campurkan dan adun kesemua bahan hingga mendapat rasa yang sesuai dengan tekak.

2 comments:

.mazLyna. said...

ader bahan lain x untuk pengganti minyak sapi...baru2 ni ader terbaca kat internet minyak sapi ader kandungn babi.. so..was2 nak guna minyak sapi 2..

Ctnaemah said...

Mazlyna..guna minyak sapi brand lain ..ada jual kat paasaraya atau kedai..tp baru2 ni terbaca dlm metro Minyak sapi Ghee tak de unsur2 yang meragukan & disahkan selamat dimkn oleh Jakim