Monday, December 3, 2007

Chocolate Sour Cream Cake



Kek ni ummi saja buat bekal masa pergi gathering baru-baru ni. Jumaat malam tu, lewat tidor duk membakar choc sour cream cake ni, dapatlah 1 loyang sederhana. Ummi buat gak kek oren (resepi Jun) dan blueberry muffin (dapat 30 biji) yang bese buat tuh. Pastu mengemas kain baju...tu la pasal x sempat nk posting sini. Resepi dari Alia@MR, sedap wpun ada sikit adjustment dgn bahan yang ada! Ummi agih sikit bagi member n anak2 diaorang wat kudapan dalam chalet..

CHOCOLATE SOUR CREAM CAKE

Bahan:-
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil baking powder ]
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat ] ayak bersama
  • 1 1/2 cawan tepung gandum ]
  • 1/2 cawan sour cream
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 biji telor
  • 80 gm choc chips
  • secubit garam
Untuk Sirap Coklat:-
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 2 sudu besar fresh milk (ummi isi 3 sudu besar)
  • 30 gm coklat (ummi guna imported cocoa powder)
  • 1/4 cawan perang

Cara Membuat:-

Pukul mentega dan kedua-dua jenis gula hingga berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi dan masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Masukkan sour cream dan esen vanila. Kemudian masukkan choc chips. Kacau sebati.

Untuk sediakan sirap coklat, masukkan semua bahan-bahan dalam bekas tahan panas dan cairkan dengan kaedah double boiler.

Sediakan loyang yang telah digris. Masukkan 1/2 adunan tepung ke dalam loyang. Ratakan. Masukkan 1/2 sirap coklat, ratakan sikit. Tuang lagi 1/2 adunan tepung dan akhir sekali tuang 1/2 lagi sirap coklat. Bakar dalam oven dengan suhu 180 degree selama 45 minit/hingga masak.

2 comments:

zaitgha said...

sampai hati hu hu hu....i got no kitchen yet ....

Ummi said...

Zai, sabar ek, nnt your kitchen siap, u can spend your whole day n night baking n cooking..hehe...