Tuesday, January 18, 2011

Daging Hitam Berempah Madu

Salam buat semua yang sudi menjenguk dapur akak nih...maaflah xda entry seharian hari nih...bukan bermakna x masak2, sangaaattt masak2, sampai keletihan duk tonggeng2 amik gambar...tp xleh tayang lagi....eksklusif sikit kena tunggu "matang" dulu...hahahaaa....Jadi malam ni akak masukkan resepi akak yang pernah dishare dah dulu kat Sini cuma masa tuh, kurang hitam sikit...hehee. Yang ni terlebih hitam sebab menggunakan kicap ABC Heinz tuh...tu je laaa..yang lain tu sama....akak copy paste sekali lg resepi daging kegemaran family akak nih! Bukan nak kata apa laaa...tp tengok Aiman n hb makan sampai menjilat jari camtu...apakah maknanya kan? hah, tepuk dada sendiri jawab laa..hahahahha

DAGING HITAM BEREMPAH MADU
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gm daging batang pinang - dihiris nipis
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 inci halia - diketuk
  • air secukupnya untuk rebus daging (1 1/2 cwn.)
  • *2 sb. rempah kari daging )
  • *1 sb. rempah kurma ) *gaul bersama
  • *1 st. serbuk ketumbar )
  • *1 sb. serbuk cili kering - yg. kasar )
  • 4 sb. kicap pekat manis (kalau nk lebih hitam & sedap, gunakan kicap ABC Heinz)
  • 1 sb. sos Honey BBQ Blackpepper (tengok gambar Sini, kalau xda, campurkan 1 1/2 sb. sos blackpepper, 3 sb. madu & 2 sb. sos bbq)
  • 1 st. cuka
  • 3 sb. madu
  • 1 st. gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Daging direbus dengan air secukupnya dan masukkan serai dan halia yang diketuk. Rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dengan api sederhana.
  3. Masukkan serbuk kari daging, serbuk kurma, serbuk cili kering, serbuk ketumbar dan serai yang direbus bersama daging tadi. Kacau sebentar.
  4. Masukkan daging dan kacau balik rata-rata.
  5. Tambah kicap pekat manis, cuka, sos honey BBQ, madu dan garam secukup rasa.
  6. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masak hingga rempah meresap dan naik berminyak.
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak. Selamat Mencuba!!!
Terangkat weeii makan dengan nasi putih pun...

12 comments:

Mat Gebu said...

kalau guna ayam ok tak eks?...hmm

fara dean said...

wow..nampak so tempting!
nnt boleh try..
hari tu sy dh try daging balado akk..suami kata sedap! terima kasih kak..

Nieza said...

menarik ni kak...sedapnya..:)

Ummi said...

Mat -
Ko guna ayam ok...kalau guna rebit, no no no...x best!! hehee..

Faradean -
Hehe..mmg sedap sgt pada tekak akak n family...kalau nk try, silakan..

Nieza -
Menarik eks..hehe...hingga menjilat jari uuu...

izyanty collection said...

sedapnye...nak try buat lah

izahdaut said...

fuh berkilat dan memikat la kak ummi daging nih.masuk list..hubby suka makan daging!! hehe

LinRosLy said...

Salam Kak Ummi....

Waduhhhhhhh!!! berkilau-kilauwan daging tu Kak Ummi... Terliurrrrr...mcm rasa dah sampai kat tekak ni. Lin nak c0pet resepi tu Jg mare yer Kak Ummi cayanggggggg!!!!

KakAsma said...

wah..tengok pic pun tau mesti sedap..boleh laa buat masuk list ..!!!

Uncle Lee said...

Hello Ummi, Berapa buku recipe sendiri you ada?
Your foods really exotic, many I have not seen too.
And this daging hitam....very nice. Dapat wangi dia lagi sini, ha ha.

You ada anak perumpuan, kan? She follows after you in cooking gourmet food, kesian her boyfriends. Habis cherita! Semua nak datang rumah makan.

Ummi, your hubby is a very lucky man. Every malam dapat makan macham at a enam bintang restaurant.
Have fun and stay young.
Lee.

hana said...

kita tadi pikir nak wat daging msk nih jugak... tgk2 kicap dah abesssss... huhuhuuuu..... kensel!!

Ummi said...

Izyanty -
Silakan try...nnt bg feedback eh..hehe

Izahdaut -
Hahaha, daging berkilat xpa..jgn kuali berkilat, tu tanda x penah masak..wakakakaa..harap2 hb Izah suka masakan ni eh..

LinRosly -
Wkmsalam..hahaa, berkilau2 tu la tanda sedap kot..wakakaa..waah ada jugak pencopet resepi eh, igt pencopet saku jek..hehee, harap Lin suka la daging ni nnt eh..

Kak Asma -
Uiikss ya ke, tgk gambar dah tau sedap, xyah test dulu ke kak As..hehe

Uncle Lee -
Hahaa, just a several books as reference, the rest i leave it to my otak to think about..hahaaa..Lee, my daughters nampak mcm x suka masak pun..hahaha, that's why no boyfriends follow her back home..haha...
Lee, thanks for your compliments...nnt kasi belanja this daging hitam when you're here in Malaysia..hehe

Hana -
Oooo..xda kicap eks..kesian ko...pi la kikis montot kuali...hehe

Pangkah Bulat said...

sodap nihh..=)


Saya sudah follow blog awak..
Awak bila nak follow blog saya..
http://pangkahbulat.blogspot.com/