Thursday, January 27, 2011

Ikan Golek Midtown - Ikan pun bergolek eh?

Uiksss Ikan Golek? Bukan Percik ke.....selalu kalau ikan ni panggil ikan percik kan...kan...Tapi ni nak kongsikan resepi yang sedap pada tekak akak....resepi asal nama Ikan Golek Midtown, Midtown tu nama hotel kat Terengganu dulu2 kot, x tau now ada lg ke tak.. Kira resepi Chef hotel tu laa....hehe, tp macam x sonok jek panggil ikan golek eh, x kesah laaa, kita percikkan jugak...hehee..

IKAN GOLEK (IKAN PERCIK) MIDTOWN
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 ekor ikan kembung sederhana besar (cuci bersih dan lumur sedikit garam)
  • 2 sudu besar minyak masak
Bahan A:-
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan gula melaka yang potong kecil
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun pandan - disiat dua dan simpul
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu teh biji halba
  • garam secukup rasa
Bahan B:-
  • 4 biji buah keras
  • 10 biji bawang merah
  • 4 biji cili padi (ikut kepedasan)
  • 1 inci kunyit hidup
Cara Memasak:-
  1. Kisar semua bahan B, tuangkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan bahan A dan gaul sebati. Masak bahan dengan api sederhana dan kacau hingga kuah menjadi pekat.
  3. Masukkan minyak masak dan garam secukup rasa.
  4. Sementara itu, panggang ikan kembung selama 10 minit dan siramkan kuah tadi sedikit demi sedikit ke atas ikan. Balikkan ikan dan siram lagi kuah dan panggang lagi hingga ikan masak. Sedap dimakan dengan nasi putih.

7 comments:

Nieza said...

sedapnya nengok ikan golek kak ummi ni...ada lagi ke kak?..nk sekor buat dinner ni..hehe org sini baru nk dinner org sana dh nk tido..hehe

LinRosly said...

Assalamualaikum Kak Ummi...Selamat Pagi...Semoga Ceria2 Pagi Ni...

Kalau Ikan Tu Boleh Bergolek Sampai Ke Segamat Kan Ke Bagus...Dapat Lin Rasa....Hahahaha...

Mimiey.. (^-^) said...

kak ummi, mie dh bergolek2 dtg sini ni dgn bekas,tupperware sume...nak isi ikan golek ni 2 ekor ye...hehehehhe

nur said...

Ada juge ye versi ikan golek.. semua makanan sedap.. esp bila lapar kan..
Sudila bertandang ke: ALL IN ONE

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Nak tergolek rasanya tengok ikan ni.

Ummi said...

Nieza -
Ikan golek dah selamat masuk perut...kena buat sendiri la nmpaknya Niez..eh..

LinRosly -
Wkmsalam...haha, kalau yg bergolek tu ikan, takut Lin lari pulak bila smpai dpn pintu..hehe.

Mimiey -
Huk alaah...dasaat tu org bergolek2..hahaha...

Nur -
Aah ada jek, ikut memasing jek nak letak nama eh...biasa percik kan..

Ummi said...

Kak Sam -
Waaaaaaaaa..jgn tergolek sini..sabauuu, sabaauuu..hehe