Sunday, January 9, 2011

Tauhu Berinti (Stuffed Tofu)

Lagi entry tertunda, x ingat bila buat ni, sebelum Aiman masuk wad kot...saja2 buat minum petang...aleh2 malam x rasa nak makan nasi pun.....pakat2 makan nih jek...Sepatutnya guna tauhu yang berwarna kuning tuh...kulitnya keras liat sikit, ni akak guna jek tauhu putih ni, kulit lembut sikit susah nak handle wpun digoreng dulu separuh masak.....layan je laaa...just menu campak2 jek...sumbat segala macam..hehe

TAUHU BERINTI (STUFFED TOFU)
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 4 keping tauhu jenis kuning
  • 1/2 biji bawang besar - didadu halus
  • 6 - 8 ekor udang sederhana besar - kerat kecil2
  • 1 biji cili merah - cincang halus
  • sedikit daun bawang - hiris halus
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 2 biji telor - dipukul sikit
  • minyak untuk goreng terendam
Cara Membuat:-
  1. Panaskan minyak dan goreng tauhu separuh masak atau sedikit kekuningan. Angkat dan toskan, biar sejuk sikit.
  2. Kerat tauhu kepada 2 bahagian dan keluarkan isi dalamnya dengan sudu.
  3. Lecek2 halus isi tauhu tadi dan campurkan dengan kesemua bahan lain kecuali minyak dan telor.
  4. Setelah sebati, sumbatkan ke dalam tauhu tadi, buat hingga siap.
  5. Celup tauhu ke dalam telor dan gorengkan hingga kekuningan kesemua bahagian tauhu.
  6. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos pilihan.

3 comments:

Nieza said...

salam dihari minggu kak ummi, apa khabar kak? sedap juga mkn tauhu ni..saya suka tapi kat sini x adala tauhu jenis kuning tu..ada tu ada tapi lain skit rupanya...jamu mata jer tgk yg ni..hehe

Ayu Safieza said...

I love, what ever with tauhu....:) sedaaap...tq for the recipe kak :)

ijan said...

Salam Kak Ummi,
Baru baca pasal Aiman masuk wad tu.. alhamdulillah dia dah sihat.. Aiman mintak makan ketam selalu pun takpe lepas ni.kite kongsi.hehehe