Monday, January 10, 2011

Sup Ketam Istimewa Untuk Aiman Di Wad

Salam Isnin semua....di Kuantan ni masih hujan jek...x lebat pun mesti renyai...hari ni lak tgk jam dah kul 7.15 pg td, tp gelap gulitaa gak lagi... Air paip pun sejuk ya Rabbi weeyy....Akak pun x sihat sangat ni, dah kena selsema dan demam urat dah rasanya...semalam berbaju sejuk, berstoking segala, pas makan telan panadol sebiji, baru kebah dan hari ni nasib baik leh gi ofis...Eh xnak lah membebel psl akak lak...Ni nak citer pasal keterjadiannya sup ketam ni sebab dinasihatkan oleh ramai orang bila kita terkena denggi, antara yang terbaik nak menaikkan platelet darah adalah hirup sup ketam di samping meminum byk air masak dan 100 Plus. So akak buatkan untuk Aiman hari tuh, alhamdulillah bg minum sup ketam sekali je malam tu, pg nurse amik darah dia, tghri tu dpt result bacaan darah dia naik dr 130 kepada 162....

TRAGEDI DI DAPUR:
Hb beli ketam nipah ni hari tu sebab ramai kawan2 cakap untuk denggi ni kena minum sup ketam nih lebih mujarab. Beli pulak yang tengah hidup tu ha, xpenah seumur hidup menyiang ketam hidup2...weeeyyy, bersilat sakan akak kat dapur nak ketuk ketam ni kasi diam...hahahaha, habis basah segala suratkhabar akak alas, degil tu la ketam ni, susah mati. Betul kata org, ketam nipah ni jenis 2 alam...mmg x elok makan, tp kalau untuk tujuan wat ubat, xpa la, akak gagahkan jugak mengetuk ketam2 nih..weey nak menyepit jek kerjanya..hahahahahha, sabauu je la..duk kerat tgn pun, menguit2 lgk...adeeii...tp eloklah, fresh sblm dimasak...mujarab! hahaha, layaannn...Aiman pun dah mula ke sekolah hari ni...alhamdulillah..

SUP KETAM ISTIMEWA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor ketam sederhana besar (buang cengkerang dan kerat ikut suka, bersihkan)
  • 3 ulas bawang merah )
  • 2 ulas bawang putih ) ditumbuk
  • 3 cm halia )
  • rempah 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 cengkih & 2 bj pelaga)
  • 1 - 2 biji ubi kentang - dibelah ikut suka
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 batang celeri - dihiris menyerong
  • 1 bungkus sup bunjut Adabi
  • sedikit lada hitam kisar
  • sedikit lada sulah
  • 4 cawan air/secukupnya
  • daun sup
  • daun bawang
  • bawang goreng secukupnya
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk/caserol, tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan lada hitam kisar, kacau rata dan masukkan air. Biar kuah mendidih.
  3. Masukkan kentang dan biarkan tiga suku masak.
  4. Masukkan ketam, celeri, lada sulah dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan lobak merah dan biar mendidih sebentar.
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Masukkan separuh dari daun sup dan daun bawang. Tutup periuk.
  7. Hidangkan dengan taburan bawang goreng, sebahagian lg daun sup dan daun bawang. Sedap dihirup panas2...emmmhhh! Selamat Mencuba..!

13 comments:

Yan said...

Memang betullah kak. Denggi, ini lah ubatnya. My staffs last time critical di ICU.. bila ok, mak dia bg minum sup ni je. ALHAMDULLILAH.. kita berusaha je..

Ina said...

apa kena mengena ketam ngan nyamuk tu agaknya yer..???

Ummi said...

Yan -
alhamdulillah, kita hanya mampu berusaha dan bertawakal, selebihnya Allah yg tentukan...

Ina -
Ntah la apa kena mengenanya...sekadar mengambil nasihat dr mereka yg pernah mengalami dan sebagai usaha akak, alhamdulillah, tp mmg dah diwar-warkan khasiat sup ketam ni utk pesakit denggi sedikit masa dulu...

Dr Ezura said...

salam kak ummi...apa khabar? saya pun dah lama tak menjenguk sini..update blog je kdg2...

sedap tuh sup ketam...semoga aiman cepat sembuh

fara dean said...

salam kak..
kesiannya aiman..
sup ketam mmg elok utk denggi..
satu lagi air ecpi..insyaallah..
harap2 cepat sembuh

Daria said...

sup ketam? mcm ni saye pun nk dok spital........leh umi datang bawa sup ketam kat saye...

Deliah's Deli said...

salam kak...tu pasal la cepat baik..slurrrppp :)

Ummi said...

Assalamualaikum.

Pasal sup ketam sebagai penawar demam denggi mungkin Ummi boleh rujuk sini

http://klinikummi.blogspot.com/search/label/Kesihatan%3A%20Penawar%20Denggi

Selalu jenguk blog Ummi tapi tak pernah tinggal jejak. Salam perkenalan ya Ummi..

Ayu Safieza said...

Kak Ummi moga Aiman cepat sembuh....:) bertuah aiman dpt umi yang pandai masak n caring....he will be ok..insya'allah!

Mat Gebu said...

Wahh..kak, nanti kita pun nak sup ketam eks...

Ummi said...

Dr. Ezura -
wkmsalam Ezura, khabar baik alhamdulillah, cuma selsema sikit je laa..hehe, xpa akak faham tugas doktor ni kan...Aiman dah ke sekolah semula dah smlm..alhamdulillah.

Faradean -
Wkmsalam...thanks Fara, Aiman dah sihat dan kembali ke sekolah dh mulai smlm..alhamdulillah..

Daria -
Uiikss, jgn mintak2 duk spital..kang nyesal..hehe

Deliah -
Wkmsalam..aah tu sbg usaha kita jek, selebihnya berdoa kpd Allah je la..alhamdulillah Aiman dah sihat dan kembali ke sekolah sejak smlm.

Ummi -
Wkmsalam..waaaaaa sama nama eks? Salam kenal n thanks msuk sini n atas info tuh..alhamdulillah Aiman dah sihat pun, dah sekolah dh..hehe

Ayu Safieza -
Alhamdulillah, Aiman dah sembuh dan kembali ke sekolah...begitulah huru haranya mak bila anak sakit eh..hahaha

Mat -
Eeee x kuasa nak layan ko...ko wat la sup serai kee...hahaha

mysweeticing said...

Huh!!!! Nasib baik ada resipi ni kat blog Kak Ummi... Print & nnt nak suruh hubby g cari ketam nipah tu kat pasar chow kit pastu nak mintak tolong mak mertua masakkan... Sha nak masak badan masih lemah lagi, tak larat nak masak.... Teruk jugak penangan denggi ni ek tambah plak Sha punye denggi dah kearah kategori denggi berdarah....

fatimatuzzahra said...

Thanks for sharing dear ;)

Sup Ketam Penawar Demam Denggi