Sunday, January 16, 2011

Pulut Microwave Dengan Sambal Kelapa

Salam hujung minggu....waaahh memang nak hujung2 dah eh...esok nak kerja dah....hari ni tersangat bz....huhuuuu.....apapun, alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dapat disiapkan...wpun haru biru rumah akak ni dibuatnya...hahahaha...Okay la layan pulut jek pagi tadi anak beranak....sambal tu ala-ala sambal pulut udang or sambal cucur badak yang mana resepinya mmg tradisi akak buat dulu-dulu hasil belajar dengan emak...orang utara mmg suka pulut udang n cucur badak kan...akak mmg x sukakan pulut inti ikan sebelah pantai timur nih...dah duk Kuantan nih mmg susah nak cari pulut inti kelapa udang camni.....kalau nak buat sendiri la....K, layan dulu eh...pulut tu pun akak masak dlm microwave jek...hahaa...mudah kan....ala-ala mudah dot com laks...hehe

PULUT MICROWAVE DENGAN SAMBAL KELAPA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Pulut:-
  • 2 cawan pulut - rendam 30 minit, basuh dan toskan
  • 1 3/4 cawan santan
  • sedikit garam
  • daun pandan - disimpul
Cara-Cara:
  1. Bancuh santan dan garam biar rata dan seimbangkan rasa.
  2. Masukkan pulut ke dalam caserol tahan panas, tuangkan santan dan letakkan daun pandan. Tutup caserol.
  3. Masukkan ke dalam microwave dan setkan pada HIGH dan set masa selama 15 minit. Tunggu hingga siap dan periksa pulut sama ada cukup masak atau tidak, xpun tambah sikit masa lagi. (ni bergantung kepada microwave masing2 la yea..)
  4. Bila telah masak, keluarkan dan bolehlah dimakan dengan sambal kelapa.
Bahan Sambal Kelapa:-
  • 1 cawan kelapa muda parut
  • *2 batang serai - ambil putihnya )
  • *2 sudu kecil jintan manis ) *ditumbuk halus
  • * 2 sudu besar udang kering )
  • 7 ekor udang basah - hiris kecil-kecil
  • 1 1/2 sudu besar cili kering kisar
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan serbuk kunyit, kacau.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan kelapa dan perlahankan api. Kacau kelapa dengan bahan lain hingga benar2 sebati dan kelapa sedikit kering. Tutup api dan biarkan sejuk sikit baru digunakan.

9 comments:

Yan said...

Kak, saya suka kuih ni.. Kalau yg pakai kelapa manis tu. lagi lah suka.

aidah said...

Ummi , betul tu . I memang suka pulut panggang yg inti macam ni. Mula2 duk Kuantan ingat Pulut Panggang dia sama macam yg kat KL punya. Anak2 langsung tak sentuh pun. Eheh hari ni makan pulut tu kat mana pulak ngan cik abang. Kat tepi kolam ikan lagi ke?

K.Nor said...

bak mai dulu microwave tu baru boleh menerai hehe

Nieza said...

sedapnya kak...suka yg topping kat atas tu...hehe

ShashaCatering said...

Salam. Ini first saya terjumpa blog ni. Nice one. Saya memang suka pulut, masak apa pun saya suka.
Keep up the good job & good luck!

ijan said...

Mak aiii, dia masak pulut guna microwave ek... tak tau pulak boleh. bagus ni kak Ummi. cepat dan cedap neh.hehe

Ummi said...

Yan -
Akak pun suka pulut sambal camni..tp kalau yg letak kelapa manis tuh, akak x suka, hb yg suka tu..

Aidah -
Tu la kan...susah nk cari pulut panggang inti sambal kelapa/udang camni...besstt! Hari ni x duk tepi kolam, duk dlm rumah la pulak..hahaha, kolam ciput jek Aidah, bkn leh berenang pun..hahaha

Nor -
Uikkss bole bg microwave yg kedai punya, pi bayar dulu la Nor..haha, Ummi punya tuh dah 6 thn punyer..haha, tgk rupe pun tau usianya..hehe

Nieza -
Aah sambal kelapa tu mmg best!

Shasha -
Salam kenal, thanks sudi jenguk dan tinggal jejak sini...Masakan sempoi2 jek dr dapur akak ni, maklum la org kerja, masak mana dan jee..

Ijan -
Memang kan, kalau ada cara lg cepat, lg kita suka kan..kan....hehe (*lama x nmpak Ijan, bz study eh)

sherry said...

hi Kak Umie kita..

masak pulut dalam mikrowave? nampak senang la pulak..ok, nanti saya nak try lah.

Ummi said...

Sherry -
yup...ada cara senang, lg kita nak buat kan...try2 ajek...nak cepat lembut, leh rendam kejap pulut dlm stgah jam gitu...then leh letak dlm microwave k, hehe...ni pulut dr Pdg Besar, kecik2 comeiii..