Monday, January 24, 2011

Chocolate Banana Bread

Salam...apa khabar? Dah bekfes ke belum tuh...akak belum lg...japgi nak hentam la banana bread nih....bawak bekal...hehe...Resepi ni dapat dari Joy of Baking, tengok tajuk roti, tp makan ala2 kek/brownies pun ada....Nak kata roti xda lak uli-uli, nak kata kek xda lak guna mixer ke, kira breadcake la kot..hahaha...tp sungguh sedap! Nak buat pun senang...sedap makan suam2 camtu...Buat petang smlm, pastu ada family adik singgah rumah, akak dah tapaukan sebahagian kat diaorg....Boleh buat lg nnt...sedap dengan rasa pisang, choc chips dan kacang pecan tuh...ngam ngam sap suiii...masuk molot, mmg kantoiii..hahahhaa...Layaaannn!! So akak translatekan laa eh...adeei x suka wat translation ni taaauuu, melambatkan publishing...hahaha

CHOCOLATE BANANA BREAD
Resepi: Joy of Baking
Dirujuk dan terjemahan : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 cup (55 gm) kacang walnut/pecan - dipanggang dan cincang (*akak guna pecan)
  • 1 3/4 cawan (230 gm) tepung serbaguna
  • 1/4 cawan (30 gm) serbuk koko (akak guna brand Van Houten)
  • 1 cawan (200 gm gula pasir
  • 1 sk. baking powder
  • 1/4 sk. soda bikarbonat
  • 1/4 sk. garam (*akak x letak, sbb guna mentega bergaram)
  • 1/2 cawan (85 gm) chocolate/white chips
  • 2 biji telor (gred A) - dipukul sedikit
  • 1/2 cawan (113 gm) - mentega tanpa garam (*akak guna yg bergaram) - cairkan dan biar sejuk
  • 3 biji pisang ranum (454 gm), dilecek (sukatan lbhkurang 1 1/2 cawan)
  • 1 sk. esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Preheat oven dengan suhu 180 C dan letakkan rak di tengah2 oven. Gris dan taburkan tepung dalam loaf pan saiz 9 x 5 x 3 in (23 x 13 x 8 cm), ketepikan.
  2. Bakar kekacang walnut/pecan dalam oven lebihkurang 8 - 10 mnt hingga garing sikit. Sejukkan dan cincang kasar.
  3. Dalam bekas besar, gaulkan tepung, serbuk koko, gula, baking powder, soda bikarbonat dan garam (akak ayakkan bersama tepung, serbuk koko, baking powder, soda n garam dulu, pastu baru gaul rata gula dengan whisk)
  4. Dalam bekas kecil, campurkan pisang lecek, telor, mentega cair dan esen vanila, kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan bahan basah ke dalam bahan kering tadi dan gaul sehingga agak sebati sahaja, cukup dan adunan agak berat dan melekit. (jangan digaul adun terlalu lama).
  6. Masukkan chips dan kekacang walnut/pecan tadi. Gaul rata sahaja cukup.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tabur sedikit gula perang (jika suka).
  8. Bakar pada selama 55 - 65 minit atau sehingga diuji dengan lidi/tester, ianya keluar bersih. (Dengan oven akak, hanya dibakar pd suhu 175 C, selama 50 minit sahaja)
  9. Keluarkan dari oven dan sejukkan...hidangkan ketika masih suam....memang sedap untuk sarapan atau minum petang.

12 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Senangnya. Tq k ummi sebab bg sukatan cawan. Senang le sikit nak buat. Tapi bila ye?

hana said...

kita pong penah try resepi nih dolu2...moist gler macam kek cokelat.. tgh mengucap gaknyer pisang 4 bijik atas meja kiter tuh.. dah hazab betui... tgh carik menu apa nak buat.. ader karang wat cekodok jerk! hahahahaa

anymz said...

salam ummi,ini confirm masuk list.maceh ya.tu dlm oven tu sdg tggu banana square tu nak masak je lagi.hehe

♥LOVE2COOK♥ said...

Waaaahhhh...this is sooooo tempting la kak! Looks so moisty :)

Mintak kak..hehehe!

Ibu Mifzal Arsyad said...

aduhai..terliur ni..kat umah ada pisang ni..leh la buat..hehe

fara dean said...

salam kak..
cedap! cedap! lg2 klau ada pecan or walnut!!

Citarasa Rinduan said...

ayu kalau ada coklat dan kombinasi pisang..
akan masuk tanpa bersalah.
ya ampun..gebu......

Mr. Mama said...

hantar mai sabah sikit bah....

Nieza said...

sedapnya tgk ni kak...menarik juga resepi ni nanti boleh cuba..tq kak ummmi..:)

NuruL SyuhadaH said...

autie ummi..hehe..gune pisang pape pon cdap je kn?:D

Bee said...

kak ummi..nampak best sangat2 roti nih!!!! nak masuk dlm list, bila rajin leh la buat...:) tq..

terubuzo said...

Salam..K.Ummi..Kalau tak boleh makan kekacang (arahan doktor)..apa yang boleh digunakan untuk ganti kacang?