Wednesday, January 12, 2011

Ayam Masak Merah Versi Sherry

Okaayy..ni nak tayang lauk ayam yang dimakan dengan nasi beriani ros pudina tuh...hehe...Ala-ala malas jek pun...tp nak masak ayam ni bahan x mcm untuk org malas pun, kena rajin jugak...Sangat sedap Ayam Masak Merah versi Sherry nih...pedas lemak2 gitu...maklum guna susu cair gitu...Okaayy layaaann....Thanks Sherry sudi share...mana la Sherry ni, lama dah x nmpak...blog pun dah sepi tuu...Akak masak separuh jek ayam ni...utk 3 tekak la kan...hehe

AYAM MASAK MERAH

Resepi : Sherry @ Citarasa Dari Dapur
Dirujuk : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ayam (dipotong 12)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit + garam secukupnya (untuk goreng ayam)
  • 5 biji bawang merah )
  • 3 biji bawang putih ) ditumbuk
  • 1 in. halia )
  • rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 3 sudu makan tomato puree
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 kiub pati ayam maggie
  • 1/2 cawan susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa (optional)
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Lain:-
  • 1 tin kecil kacang peas
  • 2 biji tomato (belah 4/6)
  • 1 bij bawang besar (dipotong bulat)
  • sedikit daun bawang
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kuali untuk menggoreng ayam dan goreng hingga ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dalam kuali dan tinggalkan lebihkurang 1/3 cawan, tumis bahan tumbuk/kisar dan cili kering tadi dan masukkan rempah tumis.
  3. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili, dan sos tiram. Kacau gaul hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair, garam, gula, serbuk pati ayam dan serbuk perasa. Biarkan sebentar.
  5. Masukkan ayam, balik-balikkan hingga ayam bersalut sebati dengan bahan. Biar mesra sekejap.
  6. Masukan bawang besar, tomato dan daun bawang.
  7. Akhir sekali baru masukkan kacang peas, tutup api dan hidangkan dengan nasi minyak hujan panas atau nasi tomato/beriani.
#Nota - Ayam masak merah versi Sherry ini mmg tidak menggunakan air, hanya minyak sahaja, sebab itu memerlukan minyak yg lebih sedikit untuk menumis.

8 comments:

izahdaut said...

kak ummiiiii.... sodap nampak tu..aduii pening kepala tengok menu best2 belaka.haha..bookmark resepi ni

Nieza said...

salam kak Ummi, sedapnya...memang my fav ni...tumpang lunch kat sini lah yer...hehe

Naz said...

Salam kak Ummi..
Sedap betul ayam tu..Uih nak kena masuk list jugak ni.. Anak2 di rumah ni suka ayam masak merah tp x nak yg pedas2 sgt..

Ummi said...

Izah -
Hahhaa..bookmark jgn x bookmark...nnt nyesal x buat..hehe

Nieza -
Wkmsalam, nak ajak lunch pun dah abis licin dah lauk ni...jom pi kedai je laa..hehe

Naz -
Wkmsalam...masuk list jgn x masuk..ayam ni mmg sedap sungguh..

Mr. Mama said...

sedapnya ayam masak merah....
nak seketul......

Noor said...

uihhhh....sedapnyer ayam masak merah nie......

ima said...

sedaplah kak ummi ayam masak merah ni...hari ni ima pun masak lauk ayam masak merah gak...ingat nak ikut resepi nih..tapi tak cukup bahan la pulak..last2 ikut cara sendiri je..

MakSuSuE said...

salam b'kenalan kakak..dh cuba resepi ni..memg sodap kak..x rugi sapa yg belum cuba..mkn pulak ngn nasi tomato dr resepi cik mat..pehhh mublussss