Tuesday, June 3, 2008

Cheese Tart


Tat ni Ummi buat sebab ada tetamu nak datang rumah hari Ahad baru ni sebab ada tetamu geng blogger yang datang bercuti di Kuantan ni nak berkunjung ke rumah (nanti cite pasal kunjungan dia ek). Resepi dari dapur Chef Noraini. Memang rangup dan sedap kata tetamu Ummi ni..hehe..ada lah sikit bekal tuk dia bawa balik. K, meh salin resepi ya..
Bahan Tat:-
125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 bji kuning telor
250 gm tepung gandum
sedikit garam
1/2 sudu teh esen vanila
1 - 2 sudu besar air
Cara Membuat:-
Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telor dan pukul sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula. Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius. (*ummi bakar 15 minit je)
Inti Krim Keju:-
250 gm krim keju Philadelphia
50 gm mentega
70 gm gula kastor
1 biji telor
1/2 cawan blueberry pie filling
Cara Membuat:-
Pukul krim keju bersama mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telor dan pukul lagi hingga sebati. Sudukan inti ke dalam tat yang telah dibakar tadi, letakkan sedikit blueberry filling di tengah tat dan lorekkan dengan lidi. (*ummi punya filling pekat dan berketul, susah sikit nk lorek). Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga inti sikit kekuningan.

3 comments:

catherinne said...

mane nak cari acuan tart ni ek kak ummi????

bella said...

salam kak..sy dh cube resepi akak bg ni..mmg sedap!crust dia rangup...thnx kak..hihi..;)

nazliniRazak said...

salam kak.mne nk dpt blueberry filling tu ek?mcm jem ke ape?