Monday, June 2, 2008

Shell Pasta With Thick Mushroom Soup

Hari Sabtu baru ni, ada 2 kenduri nak kena pergi..so Ummi prepare yang senang2 je lah untuk abang long yang x ikut pergi dan kira tuk makan malam terus lah nanti..hehe..eemm..western food memang fav dia...It is simply delicious!

Bahan:-
300 gm shell pasta
1 tin cendawan pekat Campbell
1 labu bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - cincang
2 biji kentang - dadu
1 batang karot - potong nipis
200 gm daging cincang/ayam
1 kiub pati ayam
1/2 biji lada benggala hijau - dadu
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar parutan Parmesan cheese
4 cawan air
1/3 cawan susu segar
garam
2 sudu besar minyak zaitun
Parutan Mozarellah cheese - untuk tabur

Cara Memasak:-
Panaskan air, masukkan garam dan sedikit minyak zaitun hingga mendidih dan rebus pasta hingga lembut (jangan sampai lembik sgt). Toskan. Sementara itu, panaskan minyak zaitun, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging cincang/ayam dan biarkan separuh masak. Masukkan cendawan, kiub pati ayam, serbuk lada hitam dan kacau. Tuang air. Masukkan kentang dan masak biar 3/4 masak. Masukkan karot dan lada benggala. Masukkan parmesan cheese dan susu segar. Seimbangkan rasa dengan garam. Angkat dan hidangkan bersama shell pasta. Sebelum makan, taburkan mozarella cheese di atasnya. Then, ngaapp!

2 comments:

Dianne said...

ni msg box ummi missing plak,umah mat gebu pon mcm tu gak adoiii ghaib plak dahhhh

VG said...

Hi Ummi

Tks for dropping by at my blog. Yes I love plants. So you are in Kuantan? I used to live in Kuantan at the Batu Dua Jalan Gambang (??)Army flats and I went to Assunta school but this was in 1974-77. A loooong time ago. Keep in touch.

VG