Dekat-dekat nak balik kampung ni, masak ikut apa yang ada dalam fridge jek..kalu boleh malas dah nk beli2 ikan sayur segala..hehe...janji kenyang...Terpaut resepi ni kat dapur Mamafami Malam kelmarin dah buat, pagi ni Aiman mintak buat lagi..hehe...Senang dan sedap!!! try laa...Thanx Mama!
Bahan:-
5 keping roti canai - goreng dan dikoyak/disiat-siat kecil sikit
5 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 sudu besar cili kisar - (ikut tahap kepedasan yang disukai)
sedikit air asam jawa
sedikit gula
garam secukup rasa
2 biji telor (*ummi letak 3 biji)
sedikit minyak untuk tumis
Cara Memasak:-
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan cili kisar, tumis hingga wangi. Masukkan pula bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Kacau rata hingga cili masak. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masukkan telor dan kacau seminit dua. Masukkan roti canai tadi dan kacau rata hingga bahan bersalut pada roti canai. Tutup api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment