Wednesday, December 31, 2008

Cream de Parisienne Bread


Rasanya dah lama sangat dah x menguli roti..maleh betul...Xda ke orang nak hadiah BM kat Ummi ni..nak mula semula malas jek! Tp bila tengok roti ni kat rumah Noreen, teruja betul nak rasa..emm..lembut dan sedap dan sedap dan sedap..hehe...Ummi ada adjust sikit bahannya, memandangkan nampak lembik je masa adun..mungkin sbb dalam resepi Noreen tu kena guna Bread Machine, so ada lari sikit la sukatannya..hehe..but no harm! Lembut walaupun 2 3 hari simpan. Ummi buat 2 adunan dari adunan asal ni...bawak balik kampung baru ni..sume family merasa laa..
Bahan-bahan:- (8 biji)
  • 250 gm tepung roti (ummi tambah lagi 50 gm untuk 2x adunan)
  • 3.5 gm ( 1 1/8 sudu teh) yis segera
  • 50 gm gula kastor
  • 2.5 gm (1/2 sudu teh) garam
  • 7.5 gm tepung susu
  • 25 gm mentega tawar
  • 25 gm (1/2 biji) telor
  • 130 ml air
  • 1 sudu teh bread improver (*ummi tambah ni)
  • 1 sudu teh bread softner (*ummi tambah ni)

Filling (ikut suka):-

  • kastad
  • kacang merah
  • tuna
  • sardin
  • mixed fruits
  • raisins

1/2 biji telor - dipukul sikit untuk sapuan atas roti
almond flakes - tabur atas roti

Cara Menyediakannya:-
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting "Dough", tunggu hingga siap dalam 1 jam 30 minit.
  2. Cara Ummi tanpa Bread Machine - Gaul rata semua bahan kecuali mentega, air dan telor. Kemudian masukkan telor dan air. Uli hingga sebati. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari dan bekas. Bulatkan doh dan letak dalam mangkuk adunan. Tutup dengan plastic cling dan biarkan doh naik hingga 2 kali ganda (lebihkurang 40 minit).
  3. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk-tumbuk untuk mengeluarkan angin.
  4. Potong/Bahagikan doh seberat 60 gm setiap satu dan bentukkan bulat. Biarkan doh rehat selama 25 minit.
  5. Kemudian canaikan setiap satu doh kepada ukuran 10cm x 14cm.
  6. Letakkan inti kesukaan dan potong/kelar pada sebahagian doh. Kemudian gulungkan doh.
  7. Buat sehingga habis dan susun ke dalam loyang yang telah digris.
  8. Biarkan doh naik sekali ganda (lebihkurang 45 - 1 jam)
  9. Sapukan telor ke atas doh dan taburkan almond flakes.
  10. Bakar pada suhu 190 - 200 C selama 15 - 20 minit atau hingga kuning keemasan. (Ummi set suhu 180C dan bakar selama 15 minit)

1 comment:

Grow2g3th3r said...

tak sabar nyer nak tunggu resepiiiiiiiiiiiiii