Monday, December 15, 2008

Lempeng Tuna

Emm..yang ni Ummi buat pagi sebelum balik kampung hari tu..hehee...masa tu hujan pnya la lebat, sampai masa kunci pagar nak balik kampung tu pun, lebat bukan main!! Lempeng ni pekena dengan kopi O...eemmmm...best! Resepi asal dari Kak Liza..
Bahan:-
1 tin tuna/sardin (Ummi guna Mild tuna)
2 cawan tepung gandum
1 biji telor (*ummi letak 2 biji)
1 cawan susu segar
3 sudu besar mentega cair
1 sudu kecil baking powder
1 batang carrot kecil (parut)
1 biji cili merah (cincang)
1 biji cili hijau (cincang)
2 tangkai daun bawang (racik)
garam
Cara Membuat:-
  1. Cincangkan/hancurkan tuna/sardin.
  2. Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  3. Panaskan kuali leper (non-stick pan) dengan api perlahan.
  4. Ratakan sedikit minyak dan tuangkan sesenduk adunan. Ratakan.
  5. Bila sudah nampak masak, terbalikkan sebelah yang lain.
  6. Bila kedua-dua belah sudah masak, boleh lah diangkat dan hidangkan panas-panas.

1 comment:

nian said...

eee sedapnyaa...

kak, nak tanyala.. sukatan tu ikut sukatan biasa ke? cthnya mcm (1 sudu besar), mksdnya sudu yg makan tu ke?
yg (1 cup) tu maksudnya sukatan 1 cawan biasa ker??