Monday, December 29, 2008

Rendang Ayam Ala Kampung

Weekend baru ni Ummi bz teramat dengan urusan family dan ke Segamat hantar Najwa daftar Sem. 2 dan juga majlis kahwin cousin di Temerloh. Duk ulang-alik je ke sana-sini, x sempat nak update. Jadi cuci mata jelah dengan menu yang dah lepas ni yaa..Ummi buat rendang ni hari Jumaat kelmarin, makan dengan pulut kuning kegemaran semua dalam family Ummi ni..Resepi rendang ni Ummi collect dari dapur Noris geng internet jugak. Dalam resepi memang xda gambar, try je buat. Fullamak!! Memang x menghampkan...2 thumbs up!! Thanx Noris!

Bahan Kisar:-
  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana besar)
  • 3 senduk cili dikisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia (ummi letak 3 cm)
  • 6 batang serai
  • 2 sudu besar ketumbar *
  • 2 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar jintan putih*
  • 2 sudu besar lada hitam (ummi letak 1 sudu besar je - dan goreng tanpa minyak dulu bahan bertanda (*) sebelum dikisar)
  • 2 mangkuk santan pekat
  • 1 senduk besar (6 sudu besar) kerisik
  • 1 sudu teh gula halus (ummi letak 2 sudu besar)
  • Garam
  • 4 helai daun kunyit - dihiris halus


Cara Memasak:-

  1. Sediakan kuali dan masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam kuali bersama santan dan masukkan ayam. (Ummi tumis dulu bahan kisar sebentar kemudian baru dimasukkan santan dan ayam). Gunakan api yang sederhana besar dan kacau sesekali.
  2. Apabila sudah pekat, masukkan gula.
  3. Bila santan sudah hampir pekat, masukkan kerisik dan garam secukup rasa.
  4. Apabila rendang hampir kering, masukkan daun kunyit.
  5. Seimbangkan rasa dan tutup api.

(Nota: Serai juga boleh dihiris halus dan ditumbuk saja untuk menambahkan lebih lagi aroma pada rendang).

3 comments:

VG said...

I am going to try this on Saturday or Sunday. Looks sooo delicious.

I love all your cooking. If I ever come to live in Malaysia, I will chose Kuantan so I can come to eat at your house everyday, he!he!

Anonymous said...

Vin - Telling you the truth, this one was so soooo delicious!! Very satisfied! Oh dear, if i cook, surely you akan dapat semangkuk..Kalu x, hahaa...you got to bring something to my house and we'll eat and chat together. Okayyyy? :D

Unknown said...

Thanks for sharing the recepie..tried this for Hari Raya...Alhamdullillah..it was a success..thinking of cooking this for Hari Raya Haji as well..anyone who is interested shld try thod recepie..ver nice. takder bedek punya..;)