Thursday, December 25, 2008

Buttery Orange Cake

Ummi memang suka buat kek, sebab senang, hehe..bancuh adunan dan tinggal je dalam oven sampai masak...x gitu?? Hehe..Resepi ni hasil intai dari dapur Noreen la niii...Ummi memang suka kek yang berbau oren camgini...yang cukup gebu, lembut dan sikit moist...suka ulang-ulang makan...Thanx Noreen!
Bahan:
  • 250 gm mentega - biar pada suhu bilik
  • 2 camca besar parutan buah oren
  • 330 gm gula kastor
  • 4 biji telor
  • 225 gm tepung naik sendiri
  • 75 gm tepung gandum (ummi tukar superfine)
  • 180 ml orange juice
Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150 C.
  2. Griskan loyang kek size 22 cm (Ummi guna loyang square 8 inci) dan taburkan sedikit tepung supaya senang untuk mengeluarkan kek nanti. (boleh juga ikut cara masing-masing)
  3. Ayakkan kedua-dua tepung dan ketepikan.
  4. Dalam mangkuk besar, masukkan mentega, parutan oren dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu.
  5. Masukkan telor satu persatu sambil dipukul.
  6. Kemudian masukakn tepung berselang seli dengan jus oren sebanyak dua peringkat.
  7. Kaup balikkan adunan hingga sebati.
  8. Tuangkan adunan ke dalam tin kek dan bakar pada suhu 150 - 160 C selama 1 jam 10 minit atau hingga kek masak (my oven took 50 minutes only)
  9. Setelah masak tutup suis oven dan biarkan kek di dalam oven selama lebih kurang 10 minit baru dikeluarkan dan biarkan betul-betul sejuk baru dipotong.

2 comments:

hana said...

laaa kek nih ghupernyer kene bakar suhu 150-160! patut la ina punyer hangus sbb suhu 180!muahahahaa... tp sedap kan kek nih...cume ina kurangkan gula tuh..

betul tuh k.ummi kita pon setuju! wat kek sebenonyer paling senang! hihihi.....

Anonymous said...

Hana - tu la pasaiii agaknya kek mu hangus!! Haha..nnt jadi terlalu kering kan. Tapi kek ni mmg really moist and suit to my taste!
Aah..buat kek mmg senang, tinggal je..silap2 hangus sendiri dlm oven, wakakakaa!!