Thursday, December 25, 2008

Kari Daging Ala Mamak

Hari tu ada lah jenjalan kat rumah Zai dan tengok dia buat kari daging ni untuk makan dengan roti kerca kat atas tuh..kari ni x pakai santan pun...ala-ala mamak style kan..So Ummi try..emm best jugak bila dah letak tomato puree tu..thanks Zai...bagus untuk orang diet eh (*not me..) hehe..

Bahan:-
  • 1/2 kg. daging cincang
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1 paket kecil serbuk kari daging
  • sedikit air (jika terlalu pekat)
  • bawang goreng dan daun bawang untuk ditabur

Bahan tumis:-

  • 8 ulas bawang merah - tumbuk
  • 5 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 cm halia - tumbuk (*ummi tambah ni)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum cengkih
  • 1 inci kayu manis - (*ummi tambah ni)

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah biji serta bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan biarkan rempah masak sambil dikacau.
  3. Tuangkan tomato puree dan masukkan daging cincang.
  4. Masukkan sedikit air dan masak daging hingga empuk.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Reneh hingga kuah agak pekat
  7. Taburkan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.

3 comments:

farah, s. said...

lama da cari resepi ni. sebelum ni tau buat yg biasa je. thanks kak ummi!

Anonymous said...

O ya ke Farah..pasni leh le selalu buat eh! You're most welcome dear!

Anonymous said...

baru mencuba resipi nie..sedap..cuma daging liat sikit