Aikk daging lagi...ni kes nak perabih daging tinggal sikit lagi tu..masak pun ikut dan jek! Janji boleh masuk tekak..actually tengok resepi asal kat dapur Cik Epal, tp Ummi dah adjust sana sini...
Bahan:-
400 gm daging (potong kepada saiz kecil, rebus dulu dan potong nipis)
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang merah - tumbuk
2 tangkai cili merah - hiris serong
4 tangkai cili padi - hiris halus
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
sedikit kacang buncis
sedikit kubis bunga
sedikit lobak merah
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
Cara Memasak:-
Panaskan minyak, masukkan daging yang telah dihiris tadi dan kacau hingga wangi dan sedikit garing tepinya. Masukkan bahan tumbuk, cili kisar dan semua sos. Kacau rata sebentar dan masukkan daging. Masak 5 minit. Masukkan sayuran, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan angkat.
No comments:
Post a Comment