Sunday, December 21, 2008

Udang Lima Rasa


Udang lagiiiikk??? Apa nak kata..now udang tengah murah kan..musim udang...hehee..Ni try resepi Che'iza ambil dari MR.

Bahan:-
  • 300 gm udang
  • * 3 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 2 hiris halia
  • 3 sudu besar lada boh (ummi guna cili kisar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu kecil rempah Lima Rasa (5 Spices)
  • garam dan gula secukup rasa
  • Tomato dibelah 6
  • 1 labu bawang besar dibelah 6
  • daun bawang - potong 1 inci

Cara Memasak:-

  1. Kisar bahan bertanda *. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan lada boh dan tumis hingga garing. Bila lada sudah garing, masukkan udang.
  2. Bila udang setengah masak, masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan rempah lima rasa.
  3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan tomato, bawang besar dan daun bawang bila udang hampir masak. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

3 comments:

|| syazwaniadnan || said...

wah.. kak..
sampai 5 rasa??
tamak betul udang ni ye.. hihi =P

ummi said...

Syazwani - aahh..5 rasa..bukan udang yg tamak..orang yg nak makan udang ni sebenornya tamak..hehe..

dianahaznida said...

ummi..cam mana rempah 5 rasa tu.explain leh tak?diana nak try lah, nampak sedap.