Friday, November 28, 2008

Blueberry Cream Cheese Ice Cream


Yang ni permintaan dari anak2 Ummi nak makan ice-cream, jadi duk janji lah dengan diaorang nak buat...surf kat MR nampak resepi dari Yani ni...so senang kan...buatlah petang semalam...sekejap je dah siap pun..lagi pun nak perabihkan whipping cream tu, dah lama sikit dah beli..nnt lama2 expired lak! Layaannn...
Bahan (4 - 6 org.)
160 gm cream cheese
240 gm plain yogurt
60 gm whipping cream
70 gm jem blueberry
1 - 2 sudu besar madu/gula
Cara Membuat:-
  1. Biarkan cream cheese pada suhu bilik. Kalau nak cepat boleh panaskan dengan microwave selama 30 saat.
  2. Pukul cream cheese dengan blueberry jam hingga sebati (cheese tidak berketul-ketul)
  3. Masukkan pula whipping cream dan yogurt. Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Rasakan sikit adunan. Kalau tak cukup manis, boleh tambah dengan madu ataupun gula.
  5. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Simpan dalam freezer sehingga beku.

6 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

nampak best nih...

shima said...

wahhh tersangatlaaa sedap nampak homemade ice cream ni :P

Nour said...

wow baru tau resepi aiskrim cmni..nmpak bess! bley cuba ni..

VG said...

Sedapnya. One more recipe to try. Hantar satu scoop?

lelayong said...

kak ummi,nak tanya ni,nak buat aiskrim ni boleh ker guna hand mixer? maksud lela masa akak 1st masuk dlm freezer tu, then lepas beku akak ada mix utk kali ke 2 tak? or pas beku tu terus leh makan? teringin gak nak buat tapi tak tahulah biler bleh merasa, huhuhuhuhu...nampak memang sedap sangat-sangat ni.

Liza said...

kak ummi...mintak aiskrim semangkuk...hihihi