Sunday, November 2, 2008

Bila Bekalan Air Terputus dan Jemputan Perkahwinan anak MB Pahang


Awal pagi semalam lepas buat jemput udang (*xyah posting la ek, selalu dah buat..), cadangnya nak masak macam2 lagi...tapi apa nak kata, pukul 8 lebih pagi semalam tengok2 air paip tetiba je, makin slow, makin slow...aikkk, ini lah nak marah ni!! Gggrrrrr....!!! Dah lah kita ni cuti-cuti lah nak try macam2 resepi yang duk berapa kali dah kertasnya naik atas, letak belakang, naik atas, letak belakang sebab x sempat nk buat bila hari kerja n kadang2 penat....Dengan kain baju pun banyak ni...abang long balik, bawak segala tuala, cadar dan baju dia...last-last dalam jam seawal 9 pagi dah xda langsung dah.....Aarrrrghhhhh.... Meeennnnccciiiiii....tergendala lah projek...emmm...(*duk diam2 je laaa...)

Nasib baik tengahari semalam memang ada jemputan makan sempena perkahwinan anak Menteri Besar Pahang untuk semua rakyat jelata negeri Pahang (*ya la kot..hehe). Perkahwinan antara Awang Osman bin Dato' Sri Adnan dengan Jamaliah Lee Abdullah. Kad jemputan lama dah ada diedar satu sorang kat ofis tu...tertinggal pulak...Aleh-aleh, jam 12.30 tghr member ofis tanya nak pergi ke tak..Ummi tanya hb, hb kata jomlah..duk rumah pun xleh nak buat apa gak..duk tengok tv je..(cadang2 malas nak pergi, sebab nak masak macam2 hehe..dan maleh nak berebut dengan ramai orang kaannn...). Tapi dah rezeki agaknya nak makan kenduri, so lepas bersiap Ummi n hb pun pergi lah sekali dengan member ofis. Najiha xda pergi library. Tinggal abanglong dengan Aiman je...Aiman kalu ada abanglong, memang bolayan lah kat kitaorang nih..hehe..Majlis berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Jalan Telok Sisek.. Emm..okaylah masa datang, orang x ramai sangat...tempat makan pun lega je..ikut suka lah nak makan kat luar di khemah ke, dalam dewan ke...4 Caterer telah ditugaskan menyediakan hidangan...menu sama, caterer je lain2 hehe..makanan pun sodaappp!! Nasi putih n lauk ikan juga disediakan selain nasi minyak serta set lauk kari daging, kurma ayam, acar buah campuran, buah tembikai, bubur pun ada..Tapi sorrylah x bawak camera pulak...so xda lah gambar sambutan masa pengantin tiba dengan berpakaian tema hijau muda sedondon, disambut dengan pencak silat lagi sebelum diarak masuk ke dewan...Majlis turut dihadiri oleh KDYTM Tengku Puan Pahang. Kitaorang sampai je terus lah ke khemah kat luar tu je...sonok sikit makan kat situ..sejuk je sebab kipas pun banyak disediakan. Lagipun kalu masuk dalam dewan xleh makan lagi sebab Tengku Puan dah ada...kena tunggu majlis selesai sume baru leh makan...lapar sangat kot masa tu, hehe..Lepas makan, baru kitaorang masuk dalam dewan...ramai tetamu yang belum makan lagi...Tengku Puan sedang merenjis dan menepung tawar pengantin. Selesai je, kitaorang lalu kat meja urusetia...haaa dapat pulak seorang satu kotak telor (gambar atas), sebagai buah tangan...ok lahh..sume tetamu x kira orang kampung ke, orang bandar ke, tua ke muda ke, orang pejabat ke, JKK ke...kalu lalu je kat meja Urusetia tu, mesti dapat punya...cantik lah jugak!!! Lepas makan telor tu, nnt leh taruk bunga potpouri lak dalam tu kan...ok gak eh!!
Jadi nak sambung cerita, bekalan air pulih semula sekitar jam 9 malam tadi...Kiranya Ummi x masak lah selepas sarapan semalam sampai petang, terus tapau nasi goreng pattaya je petang semalam...sebab dah agak dah..orang JBA ni mesti tunggu malam baru nak repair paip pecah ni (ini kebiasaan di tempat Ummi laa, berdasarkan pemerhatian)...Ya lah, abanglong lalu pergi kedai lepas maghrib baru nampak ada lori dan orang JBA duk repair..(*OT lebih sikit ke bila malam??) Diaorang repair pun sekejap je...Pada hal air dah xda dari pagi lagi...ntah laaa, paip tu pecah kat area kedai depan rumah Ummi ni jee..agaknya sebab hujan lebat 2 3 malam baru ni..Ummi nak posting pun x berapa berani laa..siap guruh lagi..!! Aii nak banjir dah kee...

7 comments:

VG said...

Kak Ummi

Please collect your award from my blog.

payarumput21 said...

Salam Ummi..

Salam perkenalan..

Lama sungguh tak ke kuantan.. rindu sungguh kat rojak ayam di medan selera teluk sisek tu.. (hmmm.. tah ada lagi ke tak agaknya yea)

Ummu Aqil said...

salam ummi,
cantik kotak telur tu...
time letrik takde leh sabo lg...tp time air takde haru...mau kalu 2-3 ari...

makcikkantin said...

ummi,
you sesat kat blog i so i ikut you 'balik'...td dah post tapi tak tau mana dia hilang.....
salute...'rumah' you tersangatlah cantiknya....

Mat Gebu said...

Kelas kak ummi---> bab jemputan tu laa, tapi kurang kelas sebab keputusan bekalan air..amponn!!!, sama lah kita kak, tu pasal kena siap2 tangki air semua kat rumah, kalau time darurat mcm tu, tak delah kita tak "bercebok" kalau time "gitu2"....ahaks!!...

MyLilBundle said...

salam ummi..
cantiknyerr bekas telur tuh!!
soo sweet :D
betui tuhh kalau letrik putus leh 'idup' lg tp kalau xde air mmg haruuu sungguhlaa nk amik wuduk lgik, cebok lgikkk adoiii fening2

Ummi said...

Vin - thanks dear! Picked already..hehe..muaahhh!

Payarumput - timekasih sudi singgah sini..org Ktn jugak ke? Rojak Taman Gelora tu ke? Ada lagi..selalu jugak bawak member2 itm yg datang ke Ktn makan kat situ..

Aishah - aah, memangpun kalu letrik xda ok lg..kalu air xda...mau kena kutuk org JBA nih..hehe, sabor je laa..

Makcik Kantin - oh xpa ikut balik..meh masuk..toke kantin xpa ke tinggal kantin kejap tu..hehe

Mat - memang pun kalu pergi kenduri orang besar2 ni nak jugak la buahtangan..nk tengok apa bendanya depa bagi hehe..memang nak marah betul bila kena bercebuk gitu sekali bila air dah nk kering..uwaaa...

Shima - hehe..cantik jugak laa..memang mau rasa nak serang je org JBA ni lambat betul repair..hehe