Baru ni Ummi beli majalah Saji keluaran November ada satu artikel 2 mukasurat pasal Nasi Minyak Asas...So kepada yang duduk di luar negara sana, kot ingin dijadikan panduan ataupun yang tak sempat nak beli majalah ni..Ummi petik secara ringkas petua dari Kay Raz dalam buku tersebut tentang beberapa cara ramuan membuat nasi minyak asas. Menurut beliau, sekiranya ingin membuat nasi jagung juga boleh menggunakan sukatan yang sama. Walaupun senang, tapi kita mungkin x tau ada beberapa campuran/sukatan yang boleh dicuba untuk memasak nasi minyak. Nasi minyak mestilah ada rasa sedikit masin dan manis...Dalam artikel ni, sukatan masakan adalah untuk 5 orang..meh tengok!!
Bahan Utama:- (sukatan utk 5 orang)
3 cawan beras - basuh dan toskan.
3 cawan air
Campuran Minyak:-
Cara A:
1/2 cawan minyak jagung
3 sudu besar marjerin
Cara B:
3/4 cawan minyak jagung
Cara C:
1/2 cawan minyak masak biasa
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak sapi
Cara D:
1/2 cawan minyak masak biasa
3 sudu besar minyak sapi
Cara E:
Setengah cawan minyak jagung
3 sudu besar minyak sapi
Bahan Tambahan:-
1 labu bawang besar (dihiris/dimayang)
3 ulas bawang putih (dihiris)
4 cm halia (tumbuk/hiris)
Daun pandan
sedikit kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
3 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 cawan susu cair
Panaskan kuali, tumis semua bahan dengan minyak pilihan hingga garing. Tuangkan tumisan ke dalam periuk elektrik yang telah diisi sukatan air. Masukkan gula dan garam dan biarkan mendidih. Masukkan susu dan rasa airnya. (Jangan dibiarkan air mendidih lama sangat). Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan nasi tanak seperti biasa. Bila nasi sudah mengering, taburlah kismis/kacang gajus goreng. Boleh juga ditaburkan daun sup/daun ketumbar.
Nota: Kalu boleh, nasi ini jangan dikacau banyak kali, cukup 2 kali sahaja - pertama semasa beras baru dituang ke dalam airnya dan kedua ketika nasi baru mengering dan tempat tekanan periuk elektrik sudah naik ke atas.
1 comment:
sedapnye nasi minyak nih...
Post a Comment