Wednesday, November 5, 2008

Kek Kukus Oren

Resepi dari Halimah Anang ni Ummi ceduk dari dapur Kak B ni...simple dan sedap...Ummi buat half je dari adunan asal ni..simple n sedap :D
Bahan:-
10 biji telor (asingkan putih dengan kuning)
12 oz mentega
10 oz gula halus
9 oz tepung gandum
5 oz susu cair (boleh digantikan dengan 1 tins Nestle cream)
1 biji limau sunkist (kulitnya diparut, jusnya diambil 1 sudu teh)
1 sudu teh esen oren
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuat:-
  1. Mentega, esen oren, garam, kulit limau dan jusnya dipukul hingga gebu dan putih. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dipukul adunan hingga mesra.
  2. Pukul putih telor bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan kuning telor sebiji demi sebiji hingga habis ke dalam mentega yang dikacau tadi hingga rata. Masukkan tepung, kacau rata dan tuangkan ke dalam loyang. Kukus hingga masak.

2 comments:

~ yus ~ said...

Nampak sangat sedap kek kukus oren ni. Banyaknya pakai telur ye.

Nanti ada masa saya nak cuba...

missxidi said...

Salam Ummi, bahan2 yg pakai oz tu bleh explain pakai brapa cawan x? sbb sy xpndai la nak guna oz tu...nak try buat ni. tq yer. sy folow blog ummi k. hrp reply kat blog saya =)