Friday, November 21, 2008

Sotong Percik

Menu makan tengahari semalam...Ummi n hb cuti sebenarnya, bagi sokongan moral dan buatlah apa yang patut sebagai usaha dan tawakal untuk Najiha yang masih exam lagi pagi n petang semalam. Lepas masak tengahari semalam, Ummi tapaukan nasi dan lauk sume, hb pergi ke sekolah Najiha hantarkan makan tengahari ni. Dia stayback je kat surau sekolah kalau ada exam sampai petang. Resepi dari Rossitamz@MyR ni...asal namanya Sotong Percik Ramadhan..tapi Ummi wat bulan Zulkaedah, hehe...Ummi wat half je dari resepi asal ni..
Bahan:-
8 ekor sotong yang besar
10 biji cili kering (*)
5 biji cili padi (*)
5 biji cili merah (*)
1 labu bawang besar (*)
2 inci halia (*)
2 inci lengkuas (*)
2 batang serai (*)
1 helai daun kunyit - hiris halus
4 helai daun limau purut - hiris halus
1 batang serai - dititik
1 sudu besar air asam jawa
garam dan perasa secukupnya.
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan sotong dan potong (jangan putus) sejarak 1 1/2 inci (seperti gambar atas ni).
  2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun dalam pinggan.
  3. Kisar bahan-bahan bertanda (*). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau purut dan air asam serta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih dan pekat sikit.
  5. Tuangkan ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan tadi. (*Ummi letakkan sotong tadi ke dalam kuah dan gaulkan kuah dengan sotong 4 - 5 saat, tutup api)

2 comments:

Salt N Turmeric said...

Nampak sedapnya. next time jumpa sotong boleh try ni.

ummi said...

S & T - Oo kat sana susah dpt sotong ke? Sedap nih! selera makan nasik! :D