Sunday, November 16, 2008

Ayam Seri Inai

Okayy dah buat nasi minyak kena la ada lauknya kan..resepi dari majalah Saji keluaran November ni...pelik eh, nama dia..agaknya sekarang ni sibuk musim kahwin kot, tu la pasaii ayam ni pun namanya Seri Inai gitu..kat mana letak inainya pun x tau la...sebab kaki ayam serta kukunya dah kena buang..kira ayam ni mandi inai la agaknya..hahaa....
Bahan:-
1 ekor ayam (potong lapan)
750 ml santan pekat
250 ml air (optional)
sedikit minyak untuk tumis
Bahan Giling Halus:- (*ummi kisar je)
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 cm halia
7 biji buah keras
1 sudu besar serbuk jintan manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit kunyit hidup
1 keping kecil asam gelugor (*ni ummi tambah)
sedikit gula (*ni ummi tambah gak - optional)
garam secukup rasa
Cara Memasak:-
Bersihkan ayam dan rebus separuh masak. Angkat dan toskan. Lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali lain, pijarkan minyak dan tumis bahan giling sehingga wangi. Kemudian masukkan ayam, santan, asam gelugor dan sedikit air (jika perlu). Kacau rata, masukkan garam dan masak hingga pekat. Angkat dan hidangkan mengikut kreativiti anda..

2 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

inai pon inai ler janji sedappppppp...

Ummi said...

Aishah - emm boleh tahan sedapnyaa..x mengecewakan..ala-ala percik lak rasanya..!!