Wednesday, November 19, 2008

Pegaga Lemak Cili Padi

Kelmarin tengok masakan ni kat rumah Maklang, jadi teringat lah daun pegaga Ummi yang duk tumbuh meliar dah banyak x dikutip...x penah lagi wat gulai lemak cili padi pegaga ni..pastu try laa..emmm bagi penggemar ulaman, mesti sukanya..walapun ianya x semanis daun asam-asin tu..Bahannya agak2 je la ya...Terima kasih Maklang bagi idea, xpun pupus camtu je lah daun pegaga Ummi, duk harap Ummi sorang je makan ulam ni..hehe
Bahan:-
Daun pegaga
Udang
Cili padi
Bawang merah - tumbuk
Kunyit hidup - tumbuk
Santan cair
Santan pekat
1 keping kecil asam gelugor
Cara Memasak:-
Masukkan kesemua bahan kecuali santan pekat dan daun pegaga ke dalam periuk. Renehkan sebentar dan masukkan santan pekat, garam dan daun pegaga. Kacau sebentar dan tutup api.

2 comments:

Myza said...

Ni pun sedap gak ni! Selalu masak tapi yg makan Myza sorang je!

Salt N Turmeric said...

I pun baru aje buat ulam pegaga with sambal belacan and kelapa. Tak pernah pulak dengar pegaga masak lemak cili padi. Sungguh ke sedap Ummi? Ada lagi balance pegaga so boleh gak try ni.

Farina