Resepi Jumaat kelmarin dah ni..tp baru ni sempat posting...Ceduk dari rumah Jun, tp resepi asal dari geng MyResipi ni...sempoii dan penah jugak masak ikan ala-ala camni, memang sedap!...tp selalu guna cili kering kisar jek! Thanx Jun for sharing.
Bahan:-
4 ketul ikan (ummi guna 2 kpg ikan tenggiri) - goreng dulu dan ketepikan
10 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit
3 batang serai - ketuk
1 cawan santan
1 keping asam gelugor
garam
Cara Memasak:-
Kisar cili, bawang merah, bawang putih dan kunyit. Panaskan minyak dan tumis serai sekejap dalam 5 - 10 saat. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga wangi. Masukkan santan, garam dan asam gelugor. Kacau hingga kuah agak pekat dan naik minyak. Masukkan ikan, gaul sebati dan seimbangkan rasa. Angkat dan hidangkan.

No comments:
Post a Comment