Wednesday, November 12, 2008

Asam Pedas Cili Padi Dan Lada Hitam

Lately ni hubby pesan kat Ummi mintak kurangkan lah makan ayam n daging..dah jemu katanya..lg pun x elok sgt selalu makan daging kan..ikan lg bagus..hehe, so ni kira minggu ikan laa ya..perasan x?? Gulai asam pedas ni resepi Kak Liza tau..sedap jugak...untuk pelbagaikan rasa asam pedas...Resepi asal guna ikan pari..tp Ummi ada ikan tenggiri je, x kisahlah, asalkan bunyi nya "ri" jugak kan..hehe..dan rasa ikan jugak..hahaha..

Bahan Utama:-
500 gm ikan pari (potong kecil)
2 biji tomato (belah 4)
1/2 cawan air asam jawa
air secukupnya (untuk kuha)
garam
minyak untuk menumis
daun sup (potong pendek)
Bahan Kisar/Tumbuk:-
20 biji cili api
2 sudu besar lada hitam biji
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 batang serai

Cara Memasak:-

Ikan pari dibersih dan gaulkan dengan asam limau, asam jawa dan garam sebentar. Bersihkan semula dan toskan. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan masak/garing. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan garam. Renehkan hingga kuah agak pekat dan masukkan tomato. Seimbangkan rasa dan tutup api. Masukkan potongan daun sup dan hidangkan bersama nasi putih.

1 comment:

Aishah @ UmmiAqil said...

sedap nampak nih...
kite pon cdg nakmenu ikan je lepas nih...
naik jemu ngan ayam n daging