Sunday, November 9, 2008

Pisang Emas Goreng Rangup


Rasanya lama sangat dah x makan pisang goreng...saja la nk share sini..sejak puasa sampai lah dah habis raya ni..lama tuuuu kan?...hehe..kelmarin beli pisang emas yang baru nak kuning2 tu..haa sedap bila digoreng..pisang emas kalu nak goreng xleh goreng yang masak kuning tu, semua tau kan?..kang duk telan minyak je pulak..hehe..Campuran bahan ni memang meranggupkan tepung pisang tu...dah habis pisang, cuba lah renjiskan tepung lebihan tu sikit2 dalam minyak dan goreng garing gitu..rangup!!

Bahan:-
1 sikat pisang emas (yang baru nak kuning sikit tu, belah 2)
1/2 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung gandum
1 biji telor
1 sudu besar air kapur (cair)
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
air secukupnya

Bancuh semua bahan, jangan terlalu pekat sangat, jangan terlalu cair ya.. Celup pisang yang dibelah dua, goreng laa hingga kuning keemasan...

No comments: