Jom makan udang la pulak..dah jemu makan ikan..hehe..Resepi dari dapur Kak Liza lagi ni..apasal semenjak dua menjak ni asyik melekat dengan resepi Kak Liza je ek..nape eh??? Oo..sebab resepi dia sume mengancam laa jawabnyaaa..kan, kan..Best oooo..Time kasih Kak Liza..
Bahan:-
500 gm udang besar (ummi dapat sederhana jek!)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
minyak
Bahan Untuk Sos:-
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (potong serong nipis)
1/2 cawan air
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (eh lupa la nk letak, :D)
garam dan gula secukup rasa
Udang dibersihkan dan digaulkan dengan kunyit dan garam. Gorengkan sebentar hingga masak. Angkat dan ketepikan. Asingkan sedikit minyak tadi dan panaskan semula sebahagian minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih. Apabila wangi, masukkan sos tomato, sos cili dan air. Masukkan juga cili potong dan gula. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat, masukkan udang, garam (jika perlu) dan buah tomato. Gaul rata. Tutup api dan hidangkan dengan dihias dengan daun sup dan daun bawang.
1 comment:
Salam kak ummi...
saya dh buat resepi ni masa waktu mkn mlm td....mmg sdp..hsband dn ank2 puji sedap....hehhe
tq kak
Post a Comment