Bahan:-
1/2 ekor ikan (ummi guna 1 ekor siakap)
3 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh cili boh
1 sudu teh serbuk kunyit (ummi guna kunyit hidup)
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk kari ikan
1/2 sudu teh garam
1 - 2 helai daun limau purut - hiris
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar madu
Cara Memasak:-
Ikan dikelar dan perapkan dengan semua bahan. (ummi perap 1 jam). Balut dengan daun pisang/foil. Bakar hingga masak.
No comments:
Post a Comment