Monday, November 10, 2008

Caramel Croissant Pudding

Aduhaiii nyamannya tekak dapat pudding ni tau..best betul!! Anak2 pun suka!! Hb pun suka!! Haha..sapa yg x suka??? Orang yang xda selera jek..hiiikkkss! Resepi dari Nigella Lawson ni Ummi kutip dari dapur Jeni ni. Lama jugak dah peram..petang semalam baru leh buat!! Meh layan...
Bahan:-
2 ketul croissant (ummi letak 3 ketul dalam loyang 8 inci ni)
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
1/2 cawan whip cream (cair) - ummi letak 3/4 cawan
2 sudu besar bourbon (macam Jeni, ganti dgn 1 sudu teh esen vanila)
1/2 cawan susu segar (ummi letak 3/4 cawan)
2 biji telor - dipukul sikit
Cara Membuat:-
  • Panaskan oven ke suhu 175 C.
  • Koyakkan croissant (*ummi potong kecil2) dan masukkan dalam mangkuk pembakar.
  • Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan lenggangkan ia untuk mencairkan gula. (Kalu mengikut step Nigella, dia x kacaupun dengan sudu, just lenggang2 je atas api). Letak atas api medium ke high. Jadikan gula hangus.
  • Bila gula telah menjadi caramel, angkat periuk dan masukkan whipping cream, diikut dengan susu dan esen vanila. Pukul dengan whisk dan masukkan telor. (masalah Ummi pun sama dengan Jeni, bila buat camni, gula hangus mengeras dan Ummi pun panaskan jugak atas api semula).
  • Tuangkan campuran ini ke atas croissant tadi. Biarkan ia terendam selama 10 minit.
  • Bakar dalam oven selama 20 minit (ummi set 17 minit je) hingga kuning keemasan. (Hati-hati jangan sampai roti garing lak!)

2 comments:

shima said...

nmpak pun dah tau sedap ummi!!
harus ku cuba jgak satu ari nnti... :D

|| syazwaniadnan || said...

k.ummi.. sedapp nyeee tgk pudding ni..
wani mmg dh lame 'perap' recipe dr Nigella ni. since tgk program kt astro lg. haih bile tah nk buat.
pastu bile tgk akk nye gmbr, time2 ni gak rase mcm nk buat.
tp tu la xde croissants. T__T
tunggu lah beli kt Giant or c4 je. hehe

p/s: dh lame sbnrnye intai blog akk ni. suke tgk gmbr2. semua menarik n menaikkan selera! :)