Wednesday, November 12, 2008

Murtabak Maggi


Resepi dari Zai ni ummi buat pagi tadi untuk bekal anak2 ke sekolah.. :D Senang jek!
Bahan:-
2 bungkus maggi perisa kari + 1 bungkus perencahnya
4 biji telor
1 1/2 biji cili merah - hiris halus2
1/2 biji bawang besar - hiris halus nipis
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
Cara Membuatnya:-
Celur maggi dan toskan. Dalam mangkuk, pukul telor hingga kembang. Masukkan perendah kari maggi tadi ke dalam adunan telor. Masukkan juga cili, bawang, lada sulah dan garam secukup rasa dan pukul adunan hingga sebati. Akhir sekali masukkan maggi ke dalam adunan telor, gaul sebati. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan tadi seperti membuat telor dadar. Sedap untuk breakfast or minum petang..!!

5 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

nampak sedap nih...nak resepi akak...

Aishah @ UmmiAqil said...

huhuhuuu...kena import meggi ahh...dah abis stok nih...KIV lg...

Ummi said...

Lah ya keee??? Sian lak aishah..emm kena import la jugak nmpaknya kalu kempunan sangat hehee..

sakurasa 2 said...

Wah nampak sedap nanti sakura nak cuba tq ummi berkongsi ilmu

ummi said...

Ummi, klu letak ayam ke, sosej ke.. perghhh sedap tu. Hiris kecik2, alahai meleleh air liur kak...