Friday, November 21, 2008

Cryspy Fried Bread (Roti Goreng Rangup)

Ni pun buat untuk sarapan pagi semalam...di samping mee goreng tu...tengok banyak lah roti lebih..nnt x sedar expired lak...bila goreng camni..laku je..Aiman yang makan banyak sekali! Sedap..rangup!! Resepi dari HaSue@MyR ni..

Bahan:-
8 keping roti (buang kulit tepinya)
serikaya secukupnya
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 cm (1 sudu besar) marjerin
1 sudu kecil garam
sedikit gula (supaya gorengan sedikit berkilat)
sedikit pewarna kuning

Cara Memasak:-
  1. Di dalam bekas satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air dan kacau dengan whisk, masukkan pewarna kuning, gaul rata dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong kepada 4 bahagian.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.
  4. Celupkan roti tadi ke dalam adunan teung dan goreng sehingga keperangan. Balik-balikkan selalu (kalau lagi garing, lebih rangup dan sedap!)

2 comments:

ari said...

Salam... NAk try ni... easy aja...

ummi said...

Ari - my kids suka roti ni..mmg rapuh kalu goreng garing sikit..wat bekal kids pun ok nih!