Monday, November 3, 2008

Nasi Dagang Terengganu



Ummi masak ni pagi minggu semalam...resepi dari Noorma Musa tu..sedap tul nasi ni...actually ni first time Ummi buat sendiri nasi dagang..hehe..sedap pulak laa...masak sikit jee, half dari bahan asal ni..ingatkan tak laku..rupanya licin...

NASI DAGANG TERENGGANU
Resepi: Noorma Musa

Bahan:-
  • 4 cawan beras siam
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 biji kelapa - jadikan 2 cawan santan cair dan 1 3/4 cawan santan pekat)
  • 3 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 2 cm halia - dihiris
  • 3/4 sudu besar halba
  • 1 sudu besar garam (paras rata)

Cara Memasak:-
Beras dibersih dan direndam dengan air selama lebih kurang 6 jam sebelum dikukus. Letak pengukus di atas dapur dan masukkan air. Sementara itu, campurkan santan pekat dengan garam dan kacau hingga garam hancur. Bila air telah mendidih, masukkan beras ke dalam bekas kukusan dan kukus hingga separuh masak. Bila separuh masak, angkat nasi, masukkan ke dalam bekas besar tahan panas dan siramkan santan cair dulu ke atasnya...kacau rata. Kemudian masukkan semula dalam bekas kukusan dan kukus sekali lagi hingga nasi masak. Bila masak, tuangkan nasi ke dalam bekas besar tadi sekali lagi dan tuangkan dengan santan pekat yang telah dicampurkan halba, halia dan bawang yang dimayang tadi. Kacau rata dan sebati. Sedia untuk dihidang...(tapi ummi letak sekejap sekali lagi atas kukusan dalam 3 minit, baru diangkat).

3 comments:

mysal7374@yahoo.com said...

kak ummi...gulai nasi dagang ni tak yah pakai rempah gulai ekkk?
biasa org ganu pakai rempah gulai kan...

Ummi said...

mysal - aah xyah guna rempah gulai apapun..memang dah menjadi dan pekat mcm letak rempah je bahan ni..best!!! Ni kan resepi istana sana, tulah kelainannya agaknya laa..hehe..

Noni said...

salam kak ummi. beras siam tu kalau guna beras biasa boleh?