Ni nak menghabiskan baki sayuran dalam fridge semalam nih....layaannn...dah ala-ala malas jek! Agaknya nak kena bawak pergi holiday la kot..hehe..yeap! kena pergi kan...betul tak..?
Bahan:-
8 keping tofu (beli kat Giant tu, banyak..)
1 batang karot merah
1 paket baby corn
1/2 biji capsicum hijau
200 gm bunga kobis
1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos cili
1 biji cili merah - hiris serong
garam secukup rasa
sedikit air
sedikit gula (jika suka)
Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap cair dan kacau sebentar. Masukkan carrot, kobis bunga dan baby corn. Kacau dan masukkan garam, gula dan sedikit air. Masukkan tofu dan cili merah. Kacau mesra dan tutup api.
No comments:
Post a Comment