Thursday, November 27, 2008

Gulai Ayam Kasturi

Ummi masak gulai ni petang semalam...sempoi tp Aiman kata sedap! Emm...Aiman ni sumenya sedap..hehe..Resepi asal oleh Chef Ismail ni Ummi dapat dari internet gak ni..tp x igt ambil kat rumah sape...byk sgt explore pnya explore..hehe..
Bahan:-
1.5 kg ayam (dibuang kulit dan potong 12 ketul)
(cuci bersama garam dan bilas bersih)
300 gm ketulan nenas
4 tangkai cili merah dibelah 2
2 biji bawang besar (saiz sedang dibelah 4)
150 ml minyak masak untuk tumis
100 ml santan pekat
150 ml air (jika terlalu pekat boleh tambah air ni)
garam dan gula secukup rasa

Bahan Rempah (dikisar halus):-
3 camca pes cili kering (jika ingin pedas, boleh tambah)
4 cm kunyit hidup yang muda
5 tangkai cili merah segar
3 cm halia muda
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai (bahagian lembut shj)
3 biji buah keras
1 sudu serbuk belacan
2 camca makan serbuk kari daging
3 camca makan kerisik
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah sampai masak.
  2. Masukkan ketulan ayam dan gaul rata. Pastikan api sederhana dan masak sampai air rempah setengah kering. Masukkan air, didihkan selama 2 minit.
  3. Masukkan santan dan ketulan nenas, cili merah dan bawang besar. Kacau perlahan, besarkan api untuk beberapa minit.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Hidangkan bersama nasi.

4 comments:

drNO said...

adoi la...kak ummi ni..kejam tul...saya x lunch lg ni...lapor la

VG said...

I can taste the chicken in my mouth...too nice. Another recipe to try. BTW I made the sotong singgang a few days back. Soon Vin taruh kat blog, ya.

xoxo Vin

ummi said...

DrNo - oo..bz ya, x sempat lunch tu..jgn perut masuk angin dah la..nnt susah lak patient ramai nk jumpa tu..hehe

Vin - After overnight, it becomes more tasty! Oo..sotong singgang..emmm nnt kak pergi rasa ya..hehe

maza said...

aderkk meleleh air liur oooo

tapi org yg ada masalah kolesterol tentu tension sikit la....mcm maza gak ler.....aderkkk