Tuesday, November 18, 2008

Kek Gula Hangus


Lama sangat teringin nak buat kek gula hangus ni...dah perap resepi dari Nita ni berzaman dah...Nak bagitau...memang sedaaapppp!!! Selalu kalu makan yang penah Ummi beli ke, rasa sangat soda dia pada kek tu..so this is the best one that I've ever tried!!!

Bahan:-

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telor
  • 2 camca besar mentega

Cara Membuat:-

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
  2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 - 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*ummi bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).

8 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

tak kuat semangat nak wat lg nih...biase tak menjadi lobang2 tu...

ain said...

salam ummi...saya suka mkn kek ni. Nanti2 klu rajin...try le gak..mcm senang je resipi...hihi

Salt N Turmeric said...

boleh try buat ni. thank you for the recipe!

shima said...

wahhh ummi...
cantik sesgt kek ni..
bersarang elok die erkk!
ikshhh sedapnyerr lemak2 manis giteww :-P
i wat dulu x cantik pun...sarang dia x sampai separuh pun..

Ummi said...

Aishah - cuba ikut resepi ni, insyaAllah...akak pun pestime buat nih..alhamdulillah..ikut resepi betul2 k!

Ain - silakan..senang je nk buat tuh..

Salt n Turmeric - silakan..senang je tuh!

Shima - Hai..time kasih sudi singgah..boleh try resepi ni..akak pun first time guna resepi ni menjadi terus...cuba lah..(*psst..akak xleh nk masuk dpur Shima tuh..kena blocked)

Syaza Suraini said...

salam. mcm nk cuba je. tp, mcmmn ek nk bagi dia hitaaaamm?? :)

Selly Buke said...

salam.. nak cuba gak.. telur tu nak kena pukul makai mixer ker pukul ngan sudu jer? huhuhu

Azrinna78f said...

Saya nak tahu, 1 cawan tu berapa gram? Saya tak reti sukat cawan lah. Terima kasih.