Wednesday, December 22, 2010

Apam Indon

Salam...dah kenyang semua eh.... Akak baru balik dr tanah seberang malam tadi...ekeke...ya laa malam2 buta wat apam nih....meh la jamu mata, kot2 japgi terasa nak minum petang ke...boleh la godek2 pulak apam nih...nak buatnya pun senang banget...Apam ni rasa ala-ala Apam Pelangi gak laa...cuma yg ni dikukus selapis2 dalam loyang tuh..yang pelangi tuh...lepas jek layer segala warna, terus sekali harung jek kukus....apapun mmg sodap, gebuss dan cair dalam tekak haaa... tp untuk makluman, akak try gak kukus sekali harung yg dalam muffin cups tuh..ok jek...elok jek masak, maybe sebab bekas kecik, so kalau nak kukus dlm bekas kecik2, boleh kukus sekaligus, xyah layer-by-layer eh...Resepi ni hasil intai kat dapur Noreen di London sana tuh, resepi asal dari Maklang Azie rasanya...lama dah x dgr khabar Noreen nih...thanks to both of you..Noreen, Ummi copy paste sini lak eh..

APAM INDON
Sumber: Noreen
Dirujuk Oleh: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur
  • 1 camt. ovalette
  • 1/2 camt. esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula kastor (akak kurangkan kepada 270 gm je)
  • 250ml santan atau susu segar (akak guna susu segar)
  • 1/2 camt baking powder
  • secubit garam
  • 3 jenis pewarna
Cara Membuat:-
  1. Alaskan kertas minyak (greaseproof paper) ke dalam loyang dan ketepikan (tin tidak perlu digris). (akak guna 2 loyang kecil bersaiz 4 in x 4 in dan loyang bulat 4 in)
  2. Ayakkan tepung bersama2 dengan baking power dan ketepikan.
  3. Masukkan garam ke dalam santan dan kacau rata. (jika menggunakan susu segar garam tadi bolehlah diayakkan bersama2 dengan tepung dan baking powder)
  4. Pukul telur bersama2 dengan ovalette sehingga gebu dan kembang.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi.
  7. Perlahankan mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan santan/susu sambil dipukul sehingga rata.
  8. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian dengan setiap satu dititikkan dengan satu perwarna sambil dikacau rata.
  9. Tuangkan satu pewarna ke dalam loyang sambil diratakan dan kukus selama 10 minit atau sehingga permukaan atas apam tidak melekat. (*Pastikan kukus telah dipanaskan dan lapikkan penutup kukus dengan kain atau dengan aluminium foil. (akak tutup dgn alluminium foil)
  10. Tuangkan satu lagi adunan dengan warna lain dan kukus lagi 10 minit.
  11. Lakukan sehingga habis ketiga2 adunan digunakan dan untuk lapisan terakhir kukuskan selama 25-30 min dengan kepanasan sederhana.
(*Nota : Jika rajin bolehlah dibuat berlapis2 seperti kek lapis dan jika gunakan muffin cups, boleh dikukus sekali harung jek, x perlu selapis-selapis, tgk yg akak buat kat bawah ni..)


sangat gebuss, lembut dan mantoppss!

13 comments:

MamaFaMi said...

Mi, ini namanya, apam traffic light. Kita dah buat laaaaaaaaaaama dulu.. memang sedap.

Unknown said...

Salam Kak Ummi....

Cantikkkkkkkknyaaa...Apam Indon Ni....Lin Ambil Resepinya Yer Kak Ummi....

Mas said...

kak ummi, cantik dan berseri2nya apam indon ni....pasti mas buat apam ni...nampak sedapp sangat..

Nazrah said...

Salam Kak Ummi..

Menarik dan mengancam..kalau lepas makan apam ni mesti bisa ngomong Indon Bu..

Unknown said...

wah...
kakummi..
memang gebu lah apam indon nie

nak sepiring yer

Anonymous said...

wak cantiknyer kaler kek nie...tu yg nampak lebih menyelerakan tu...

Ummi said...

Mama -
Owh ya ke, apasai Mama buat x hantar sini sikit, xyah ummi buat daahh...huh, kejam Ma tau..hehe, x kira la traffic light ke, pelangi ke, janji sodap!

LinRosly -
Yup ambik resepi, kena buat terus Lin, nnt lama2 malas jadinya..hehe

Mas -
Yup berseri dan sedap laaa..hehe, try jgn x try Mas...

Citarasa Rinduan -
Hehe, Ayu ada lg nih..boleh boleeeyyy..

HaniQaseh -
Hehee...kaler2 yg menaikkan selera eks..

Ummi said...

Nazrah -
Oppss, sori tertinggal lak..hehee..x makan apam indon pun boleh jugak tuturin bahasanya buk...hehe

maz said...

kakkkk..apam ada lgi ke dak ni..laporrr laaa..lepas lap2 peti..pastu lap2 u plak...hahaaa..

Azian Elias said...

Cantiknya kak..Gebus lak tu..

asmar said...

Salam Kak Umi. Saya ni dah lama dah jadi silent reader kt blog ni. Tapikan ari ni baru gatal2 nak anta komen. Sume respi kat sini best2, cuma saya tak berpeluang lagi nak cuba semua. He he

Ummi said...

Maz -
Meh laaa ada lg sikit apam tuh...suka hati ko la Maz, nak lap apapun, jgn si..lap dah, hahaha..

Yan -
Aaah mmg gebuss..tarak tipuuu..hehe

Asmar -
Wkmsalam..Thanks sudi masuk sini, xpaa..ada masa nnt boleh try k..tarak paksa...tp nak galakkan aje..hehe

Unknown said...

comelnyer~