Saturday, December 11, 2010

Chicken Varuval and Cheese Sandwich

Hari ni breakfast sempoi-sempoi jek sebabnya tengahari makan kenduri dan petang pergi demo masakan kak Liza pulak kat Mega Mall Ktn, dapat makan jugak, hehe......Lagipun mmg bz laa, biasalah wiken kan banyaklah benda nak dikemas, dibersih dan disetelkan dalam rumah ni haa.....so, kerja masak kurang sikitlah bila dah keluar tadi.....layan la dulu menu pagi td...nanti2 akak letak gambar2 pergi demo masak kak Liza tu eh..insyaAllah....Sandwich mcm ni mmg anak2 suka....mengenyangkan sungguh!

CHICKEN VARUVAL AND CHEESE SANDWICH
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • roti putih tawar - secukupnya - dibuang sedikit bhg. tepinya.
  • 400 gm isi ayam kisar (akak guna jenama Ramli)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 2 sudu teh serbuk cili (kalau nak pedas, tambah lg)
  • 2 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 1 sudu teh serbuk rempah kurma
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos barbeku
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan air
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
  • daun bawang - dihiris halus
  • Cheesedale slice (8 keping/secukupnya)
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali/pan dengan api sederhana, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili. Kacau dan masukkan air.
  3. Masukkan isi ayam kisar dan kacau rata dengan bahan rempah.
  4. Masukkan sos cili, sos barbeku dan garam secukup rasa. Kacau rata-rata dan sebati.
  5. Seimbangkan rasa dan tutup api.
  6. Masukkan daun bawang dan gaul rata. Biarkan sejuk sedikit.
  7. Ambil sekeping roti dan letakkan cheesedale slice dan sudukan isi ayam tadi dan ratakan. Picitkan sos cili atas isi ayam dan tutupkan dengan sekeping roti lain seperti membuat sandwich. Potong menyerong dan boleh dihidangkan.

2 comments:

Jay said...

wat a fantastic recipe...absolutely delicious...
Tasty appetite

ijan said...

Salam Kak Ummi,
Akak apa khabar? maaf ye lama betul tak sempat nak menyinggah ni... sekolah punye pasal lah ni kak. hehehe.. blog pun naik kulat dah agaknye :D

Psst, time kasih wish anniversary kami hari tu ye.mmuahhh!